Sunday, February 6, 2011

minat melukis...

Kalau Yin suka 'mereka' sesuatu benda, lain pulak dengan Nisa dan Imann. Dua-dua ni suka melukis. Tiap-tiap hari akan melukis. Asyik kena beli kertas ber rim-rim. Mana tumpah nya kuah kalau tak ke nasi... ye tak? Nisa memang pandai berimaginasi dengan lukisan dan setiap apa yang dia lukis memang sedap mata memandang. Imann pulak semenjak dia kenal dengan marker dan kertas, dia akan melukis tiap-tiap hari. Gambar yang dia lukis mesti ada orang yang pakai crown... ni mesti berangan dalam fantasi dunia princess. Tulisan imann akan menjadi lebih baik hari demi hari, mungkin sebab dia asyik menulis kot. Anyway, teruskan minat masing-masing, janji tidak melalaikan pelajaran. Sama juga macam Yin, semua hasil kerja Nisa dan Imann akan di masukkan ke dalam blog ni supaya bila dah besar nanti boleh la dia orang tengok balik apa dia orang buat masa kecik dulu.   Have fun drawing and colouring my angels!





3 yang atas ni latest drawing Nisa selepas dia keluar hospital...







Gambar besar tu ibu, yang kecik tu imann...