Thursday, March 26, 2009

Nenek and cucu barunya




Hari ni baby dah balik rumah and first time jumpa nenek. Waktu-waktu macam ni susah nak tengok dia berjaga sebab lepas menyusu for sure dia akan tidur balik. Kakak-kakak sepupu pun excited especially imann. Tapi yang paling frust mesti la aunty liza sebab sampai hari ni tak dapat tengok baby lagi. He.. he.. jangan marah.

Akhirnya...



Akhirnya... selepas 15 tahun Abang dan Ayu mendapat seorang puteri untuk menjadi buah hati dan pengubat jiwa. Shukur alhamdullillah semuanya dah selamat. Lahir 23 mac, sama birthday dengan ibunya...pukul 11.45 pagi, berat 2.95 kg...teruk la next year nak beli dua hadiah birthday. Anyway... CONGRATULATIONS! to both and selamat berjaga malam...

Wednesday, March 25, 2009

Genting Highland


Yea... yea... pergi genting! Nisa, Yin, Imann, Alang and Ati memang happy 'gila' nak pergi genting. Memang dah lama janji dengan alang... so kena la tunai kan janji. Pukul 6 pagi dah bangun dan bertolak pukul 7am. Sampai awana terus check samada cable car available ke tak. Alang and ati first time naik cable car... mungkin dia orang takut sikit la. Sampai atas terus check in 'outdoor theme park'.

The kids memang berani naik space shot... punya la tinggi dan nampak gayat.

Sunday, March 22, 2009

Bowling

Cuti sekolah hari tu one of the agenda pergi main bowling. Alang and Ati first time main bowling. Imann pun tak nak ketinggalan so terpaksa la bagi dia join sekali.

Walaupun first time main Ati menang 127 markah.



Tuesday, March 17, 2009

Wedding kak long

Mak eda, alang, ati, nisa, yin dan imann

Kalau tengok muka memang lebih kurang sama je....

Bergambar sebelum ke dewan

Tak cukup syarat kalau tak bergambar kelakar.

Satu-satunya nenek saudara yang tinggal.
Kak long and twin sisters
Ha... yang ni suku sakat Teh Mariah... ada 4 generasi kat sini.

Party




Last friday imann ada party before sekolah cuti. Since potluck so imann bawak nugget sebab cake dah banyak sangat. Yang habis dulu biasa la mesti finger food and chocolate.
Anyway... happy holiday to all...

Tuesday, March 10, 2009

Ekspedisi Taman Negara


Minggu ni Nisa tak ada sebab mengikuti ekspedisi Taman Negara selama 3 hari. Sehari sebelum dah beli dan siapkan peralatan untuk ke sana. Hopefully everything cukup. Ibu, Yin and Imann going to miss you. Take good care of yourself and we love you.

'Geng'


Hari tu pergi tengok cerita geng kat Pavillion yang dengar kata dah kutip 5 juta. Tahniah untuk warga kerja Les Copaque kerana berjaya buat cerita macam tu cuma tak berapa sesuai untuk anak-anak kecil yang umur 4 tahun ke bawah... contohnya Imann. Dia lebih banyak menyorok dari menengok sebab takut dengan raksasa yang tak henti-henti mengejar geng upin dan ipin. Anyway panggung memang full sampai ada yang terpaksa tengok cerita lain sebab tiket habis.

Hantaran dan pelamin untuk Yuslimar

Empat daripada 11 hantaran dari Yuslimar untuk pihak lelaki.



Musim orang berkahwin dah tiba. One of them is my staff Yuslimar Yacob. Dia mintak buatkan hantaran dan pelamin yang mana this is one of my hobby. Semuanya dah pun selesai.... Selamat Pengantin Baru untuk Yuslimar dan Sakri, semuga kekal hingga ke anak cucu.

Thursday, March 5, 2009

Karaoke with staff




Program bulan ni untuk staff apalagi kalau bukan pergi karaoke... dean dah request benda ni lama so baru ni je berkesempatan. Bertempat di SONG BOX JUSCO... as usual staff hanya boleh pergi lepas cafe tutup and for sure sampai situ pukul 12pm. Bayaran untuk seorang RM16.50 termasuk drinks dan 2 jam menyanyi. Tempat not bad dan yang seronoknya staff-staff pun rata-rata boleh nyanyi especially YATT dan DEAN. Suara yatt memang powerful dan akhirnya mendapat jolokan JACYLN YATT. Kumpulan 'rock kapak' pun ada.... memang kelakar habis. Acara selesai pukul 1.30am dan semua kena balik tidur sebab esoknya kerja. Anyway.... hope everybody have fun.

Sunday, March 1, 2009

Bagan Lalang


Ini kali kedua pergi makan seafood kat bagan lalang. Kali ni kak eca, abg wadi, arissa dan bibik join sama. Food as usual ikan bakar, ikan tiga rasa, sayur kangkung belacan, pepahat goreng sweet sour, ketam goreng pedas dan udang goreng butter. Balik KL uncle fadil beli durian dan sebelum tidur.... ibu, nisa dan imann makan durian sampai habis.


Amboi... tak pandang kiri kanan dah....


Semua tak nak tengok camera dah bila mengadap makanan...



Rina a.k.a Yin, Imann dan arissa.

Mak Long warded!


Terkejut bila dengar mak long masuk hospital. Rupanya kadar gula dalam badan mak long agak tinggi dan yang paling penting sebab mak long pregnant... so doktor suruh duduk wad. Hari tu bawak kan mak long 'tom yam kung dan marble cheese'. Bukan orang sakit yang makan rupa-rupanya pak long. Tak pe la mak long... kena la pantang sikit. Anyway... GET WELL SOON MAK LONG!