Sunday, January 10, 2010

sunday @ putra heights

Activity hari ni mandi manda kat depan rumah... sebab liza baru beli 'swimming pool' untuk umar tapi yang lebih-lebih dah tentulah imann dan yin. Nisa tu disebabkan dia besar so dia tak join, tapi dalam hati mesti rasa nak join jugak. Lepas mandi, breakfast dan terus ke MYDIN... almaklumlah... first time nak masuk kat situ... memang murah gileee! Lepas tu balik rumah liza, angkat baju... hari mau hujan! Keluar balik untuk lunch @ BBQ chicken kat tai pan. Dah kenyang... terus ke giant kat putra heights.... lepas tu baru la balik ke bukit antarabangsa. Malam ni nisa dan yin masak macaroni... ibu nak rest!


Favourite nisa..


Semua orang makan, imann pulak tidur...

Favourite ibu dan achik... salad!

Ala... cian nya....

Habis hati dapat spaghetti...

Tai Pan BBQ chicken.


On the way balik putra heights... singgah tengok monkey sanctuary...

Posing dengan topi achik dari london...

Sejuk ye umar....

Swimming pool umar...



Dia orang ni yang lebih-lebih....

Tuesday, January 5, 2010

Aina's 3rd Birthday (Imann's bestfriend)

Excited sungguh Imann nak pergi birthday bestfriend dia. Team colour untuk hari tu as usual 'pink'. Yasmin kata kalau imann not around, dia tak buat birthday aina... amboi... importantnya!
Kelam kabut juga hari yang sama nak cari hadiah tapi dapat jugak lah. I think the kids memang happy hari tu especially aina dan imann. Happy Birthday Aina!... thank you jemput ibu, kak nisa, kak yin dan imann.









Fadil's Birthday...

Last sunday birthday Fadil yang ke 43. Tapi disebabkan memberi ruang kepada imann untuk celebrate birthday bestfriend dia on sunday so terpaksa la buat on saturday. Malam tu Fadil dan Liza bawak pergi dinner kat Sri Ayutthaya, USJ. Menu semua sedap-sedap especially butter prawn... yang itu nisa dan azmi memang enjoy habis. Selesai makan, staff Ayutthaya join menyanyi birthday song untuk Fadil. Punya la dia malu... dah tua-tua pun ada orang nyanyikan. Part bukak hadiah tu memang kelakar sebab dia dapat botol sos, kicap dan white pepper dari Liza... rupa-rupanya kat bawah botol tu ada merchandise dari Harley Davidson... waalaa! We would like to say thank you for the beautiful evening.... HAPPY BIRTHDAY!!
ps: we all still hutang hadiah...









Cucu kepada Abg Zailan dan Kak Ton

Selepas dapat berita kak long dah bersalin dan dapat baby boy, all of us pergi klang visit them. Kalau tak silap baby ni 5th generation to Teh Mariah dan cucu kepada we all la.. tiba-tiba rasa dah tua. Kalau nak kira dah ramai jugak cucu we all ni... almaklumlah ramai cousin yang khawin awal. Ok... welcome to the world baby!



Muara Ikan Bakar, Klang

Hari ni dalam sejarah... Azlan bin Ramli belanja we all makan ikan bakar... hehehe. Bertolak dari rumah abg Zailan pukul 5.30pm... jalan arah ke port klang memang berlubang sana sini... tension betul. Sampai je tengok dah ramai orang tapi nasib baik ayu dah cepat-cepat booking table. Bila time nak order je, nama Farah Ramli la naik. Petang tu we all makan siakap steam, siakap bakar, kerapu 3 rasa, udang harimau goreng, ketam sweet sour, kerang rebus dan nasi lemak. Puas juga nak menghabiskan semua makanan... anyway thank you pak long sebab belanja makan! Semuga panjang umur, murah rezeki....