Wednesday, March 30, 2011

Balik kampung day 1...

Gembira tak terkira dapat balik kampung! Almaklumlah lama dah tak balik. Since cuti sekolah so ambik peluang la. Petang tu kita orang plan la pergi berjalan-jalan di Dataran Pahlawan. Banyak perubahan dan banyak benda baru kat sini. Benda pertama yang dicuba ialah naik Menara Taming Sari - revolving gyro tower yang boleh muatkan 66 orang sekali naik. Enjoy jugak naik ni sebab nampak seluruh bandar melaka. Kita akan berada di atas selama 7 minit dan jangan risau, tak gayat pun. Rugi kalau tak cuba bila dah sampai ke Melaka.



Beratur panjang tapi jangan risau sekali naik 66 orang...







Dah macam kat Venice..







Lepas naik Revolving Gyro Tower, kita orang naik cruise keliling sungai melaka. Tambang sama macam naik revolving RM10 dewasa dan RM7 untuk kanak-kanak. Naik cruise pun enjoy jugak sebab rasanya Melaka je yang ada benda macam ni. Bila lalu kat Kampung Morten, nampak betul tempat ni memang dah cantik sekarang. Terasa macam kat Venice la pulak. Tapi sebelum tu pekena cendol dulu, satu-satunya penjual cendol yang pakai uniform, bukan macam dulu yang hanya pakai kain pelikat lipat kat lutut sambil menikmati cruise-cruise yang sedang lalu kat sungai tu.




Liza and Umar

Imann and Acu Mie










Nanti kita sambung lagi untuk hari ke 2. Good nite!

SUB18

Ada satu kedai ice-cream baru  bukak kat petronas Bkt Antarabangsa. SUB18 ni rasanya tak semua tempat ada sebab harga boleh tahan mahal macam Baskin jugak. Balik dari sekolah terus drop-by dan try lah ice cream kat situ. Mak oii! Macam-macam colour dan macam-macam perasa. So we decided try 2 flavour. Ok la, memang sedap sampai kan Imann... tengok sendiri la gambar kat bawah tu!




Tengok la ni.... tak boleh bawak ke majlis kalau macam nih....


Dah kekenyangan la ni...


Acop's Birthday...










Konon-kononnya Kapten dan Min nak buat surprise birthday untuk Acop pukul 12 malam. Acop ni anak teruna dia orang yang sulong. Tapi oleh kerana CNN agak ramai kat sini, sapa lagi kalau bukan Aina dan Imann... apalagi, pecah lah rahsia! Surprise birthday dah jadi tak surprise la nampaknya sebab budak 2 orang ni dah bagi tau kat Acop. Tapi tak pe lah... Acop pun terpaksa la buat-buat surprise kan. 
'Happy Birthday Acop, semuga dimurahkan rezeki dan jadi anak yang baik'... from Aunty Farah, Nisa, Yin Imann, Aunty Jue, Uncle Amran, Salina, Fariq, Ijam dan Fifi.

Tuesday, March 8, 2011

Imann buat egg sandwich...

Baru-baru ni kat Smart Reader ada session membuat egg sandwich by student. So Imann pun cerita lah macam mana nak buat egg sandwich ni. Malam tadi dia berhajat nak buat kat rumah pulak untuk breakfast esok pagi, katanya. So pagi tadi dengan penuh semangat dia pun bangun dan memulakan missionnya. Alangkah seronoknya kalau hari-hari macam ni, tak payah ibu buat breakfast sebab anak-anak dah pandai nak buatkan untuk ibu. Imann kata benda yang perlu ada:

Bahan-bahan:
Roti
Telur yang direbus
Mayonis
Pepper
Salad (jika suka)
Butter (untuk sapu pada roti)

Cara-caranya:
Kupas kulit dan lenyekkan telur, campurkan mayonis, tabur pepper sikit. Sapu butter pada roti dan letakkan telur bercampur mayonis tadi ke atas roti. Letak salad dan lekatkan kedua belah roti. Sedia untuk dihidang dan dimakan....







Tadaaaa....
Sedapnya sandwich egg Imann, nanti buat lagi ok sayang....