Sunday, January 30, 2011

hasil kerja yin untuk hari ni...

Tiap-tiap hari ada saja benda yang Yin nak cipta, memang dia tak pernah kering idea nak buat sesuatu. Mulai hari ni apa pun hasil kerja dia akan cuba dimasukkan dalam blog ni supaya bila dia dah besar nanti dia boleh tengok sendiri apa yang dia dah cipta selama ni. Malam ni dia bukak salon dan customer dia mestilah imann dan nisa. Tengok la ye gambar kat bawah ni...

Yang ni rambut kerinting ke dalam...

Yang ni pulak kerinting ke luar dan dalam dengan layered...

Hantu mak limah balik rumah!

Dah plan lama nak tengok movie 'hantu mak limah balik rumah' tapi tak kesampaian. Rasanya movie ni dah dekat 2 bulan kat wayang. Ramai juga yg bagi good remark pasal movie ni... entah ye entah tidak? So pagi tadi kitaorang pun bangun pagi-pagi, pergi breakfast dulu dan seterusnya masuk panggung pukul 11.50am. Walaupun hujan dari subuh tapi tetap pergi juga, excited la kiranya! Kalau nak katakan penakut, memang semua yang pergi ni memang PENAKUT sungguh tapi remark bagus sangat, pergi lah jugak. Duduk barisan depan semuanya anak-anak dan barisan belakang mak-mak dan nanny. Baru 20 min cerita berjalan Imann dah suruh riba dia...sah-sah la takut tu. Yang lain nampak steady tapi dalam hati tuhan aje yang tahu. Habis je movie ni kitaorang semua memang BORING sakan sebab TAK BEST LANSUNG!!!! EEEE menyesal tengok! Lepas tu pergi la cari makan sebab perut pun dah berbunyi and we end up kat Jonny's AU2. Lepas makan, layan anak-anak buat sand-art, lepas tu... BALIK sambil memikirkan cerita yang tak best lansung...

Menunggu anak-anak main sand-art...

Imann and the gang...

Tengah soruu steamboat...

Sambil menunggu nak masuk..


TGV Wangsa Walk

Breakfast at Ali Maju...


Makan sate...

Hidup berjiran di Block B ni adalah makan, makan dan makan! Tengahari makan sama, minum petang sama dan dinner pun nak makan sama-sama jugak. Malam sabtu adalah malam makan SATAY dirumah Min!


Friday, January 28, 2011

Min's birthday...

25th January hari tu birthday Min yang ke 32. Ada 2 kali surprise birthday untuk Min dalam satu hari. Satu from her beloved husband and us, yang kedua from her beloved mum and us. Fuh! Mesti best ada dua celebration dalam satu hari kan? Anyway... Happy Birthday Min. Semuga dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik. Amin...









Sunday, January 23, 2011

MRSM....

Permohonan khairina a.k.a yin untuk kemasukan ke MRSM tak lulus. Pagi jumaat lepas check online selepas mak sedara dia call bertalu-talu menanyakan hal dapat ke tidak. Jawapannya memang 'tak lulus'. Pak dan mak sedara dia memang upset tapi Yin sendiri memang 'sangat' happy kerana dia memang berat meninggalkan rumah dan hidup berjauhan. Alasannya nanti tak dapat tidur dengan ibu... nampak sangat la dia ni manja! Mesti lepas solat dia selalu berdoa supaya tak dapat kata pak sedara dia. Dilema juga bila berhadapan dengan situasi macam ni tapi kalau dah tak nak paksa pun tak guna juga. Tak apa lah, biarlah dia buat keputusan sendiri, mungkin belum masanya dia nak meninggalkan dunia 'rumah' dia. Apa-apa pun yang penting belajar rajin-rajin walau dimana pun kita bersekolah... ibu tetap SAYANG walau apa pun keputusan Yin. 

Saturday, January 22, 2011

Dinner @ Sabak

Malam tadi dinner di Restoran Sabak kat area Melati. Liza call dan ajak dinner kat sini. Sabak ni restaurant steamboat plus grill. Termasuk hari ni dah 3 kali datang sini. Tapi malam ni ada  kelainan sikit sebab rasa macam seluruh badan berminyak-minyak. Yang grill tu pulak jangan ceritalah.... memang asyik terpercik je. Kesian Fadil... tak senang dia nak makan. Yang bestnya Umar pun pandai mengelak bila minyak-minyak tu terpercik. Lama tak jumpa Umar, memang miss dia sangat-sangat. Eheem... ehem... Nisa! Jangan makan udang tau, tapi doktor kata tak payah pantang.... makan je lah Nisa. Kalau sapa-sapa teringin pergi la makan kat tempat ni. Harga per person RM30... so make sure makan banyak-banyak tau, kalau tak nanti rugi bayar banyak itu. 


Thursday, January 20, 2011

Amani...


Comelnya! Ini Amani adik kepada Arissa... latest edition dari Eca dan Wadi. Rambut perang, kulit putih melepak... cantik macam mak dia jugak. Semuga membesar menjadi anak yang solehah... amin.

Akhirnya... yin berjaya!


Agak-agaknya kenapa ada gambar kari ikan kat atas ni ya? Sebenarnya ini adalah hidangan hari ini yang mana khairina a.k.a yin terpaksa makan sebab mulai tahun 2011 dia mesti belajar makan PEDAS! Sebelum ni kalau paksa dia makan pedas mesti dia menangis, tapi sampai bila? Tak ada lagi nak masak kan makanan favourite dia je (yang tak pedas) so bila dia tak ada choice sebab yang terhidang cuma kari dan sayur dia pun terpaksa la makan! Rasanya itu saja cara untuk dia mula belajar makan pedas. Bravo yin! Hari ni dia berjaya melepasi round pertama. Menu untuk esok... SAMBAL AYAM... rasa-rasanya boleh tak dia makan? Tungguuuuuu...........

Tuesday, January 18, 2011

Aina's 4th birthday...

Aina ni kawan baik imann. Baru je celebrate birthday yang ke 4. Yang terlebih excited mesti lah kawan-kawan sekeliling dia, siapa lagi kalau bukan nisa, yin, imann, salina, fariq dan ijam. Kat bawah ni sekitar gambar-gambar masa birthday dia..... so enjoice!















Imann dah ada skuter....

Hehehe... imann ada skuter... nanti boleh la dia pergi sekolah sendiri! Warna pink lagi...




Khairina @ KRK form 1

Tahun 2011 khairina melangkah ke sekolah menengah. Badan masih macam budak darjah 4 tapi dah pakai kain warna biru muda. Permohonan kemasukan ke Kelas Rancangan Khas lulus dan yang bestnya sama sekolah dengan nisa, senang la ibu.... tak la terkejar sana sini. Hari orientasi ibu bapa kena hadir sama, bila jenguk dalam kelas dia la yang paling 'kecik' kat dalam kelas tu. Dalam kelas ada la dalam 15 murid aje... bagus juga tu, boleh la cikgu concentrate kat semua student sebab tak ramai. Ok... yin, good luck untuk satu fasa baru. Study hard, work smart and be the best....


Nisa...

Dibawah ni gambar-gambar nisa masa di Ampang Puteri. Rasanya dalam blog ni ada 2 kali juga la dia warded. At least kat sini nanti boleh la dia tengok gambar-gambar kenangan dia bila dia dah besar nanti. Jangan la selalu masuk hospital ye nisa...

 Kat emergency @ 9.30pm

 Before masuk operation room..

 Baru keluar dari OT room...

 Dalam keadaan tak sedar...

 Inilah rupanya selepas surgery, tak nampak pun sebab kan bandage....

 Jiran-jiran datang melawat...

 Aishah dan Aina datang melawat... kawan baik dia ni...

Pak long, mak long and kids...

Appointment with Dr Syed...

Dr Syed ni mesti feeling dia masih kat London...

 Ni la clinic Dr Syed....

     Tu la dia muka yg terpaksa tunggu sampai berjam-jam baru dapat jumpa doktor.

Badan memang besar tapi takut nak tengok doktor buka jahitan. Tapi memang sakit agaknya sebab dia menangis beria-ia lepas tu. Sian nisa...