Thursday, January 13, 2011

Jari.... oh jari.......

Salam...
Inilah keadaan jari nisa sekarang. Mengikut kata doktor hari ni dah boleh dibuka bandage selepas seminggu. Sehingga hari ni jari nisa masih belum boleh diluruskan mungkin disebabkan tulang yang patah. Mungkin jugak ambil masa 2 hingga 3 bulan untuk tulang tu tumbuh semula? Doktor kata dia masih budak so tak perlu risau. Doakan ye semuga jari nisa sembuh macam sedia kala....

Keadaan sebelum dibuka...
Selepas dibuka.... Agak susah dan mencabar juga masa nak buka bandage tu. Dah la keadaan nisa yang sangat takut termasuk lah assistant nurse yang 2 orang tu. Dengan merendamkan jari dia ke dalam air panas suam, pelan-pelan gauge tu dapat la ditarik keluar dan guess what?... berjurai-jurai air mata nisa... mesti dia rasa sakit sangat... KESIAN:(

Syukur alhamdulillah jari nisa tak seteruk seperti yang dibayangkan. Bersyukur juga bila mendapat khidmat doktor pakar yang sangat pakar meng 'transform' kan jari nisa menjadi macam sediakala. Thank you Dato' Dr Syed Alsagoff ! Semuga nisa sabar menghadapi dugaan Allah untuk awal tahun 2011 ini...

2 comments: