Sunday, January 23, 2011

MRSM....

Permohonan khairina a.k.a yin untuk kemasukan ke MRSM tak lulus. Pagi jumaat lepas check online selepas mak sedara dia call bertalu-talu menanyakan hal dapat ke tidak. Jawapannya memang 'tak lulus'. Pak dan mak sedara dia memang upset tapi Yin sendiri memang 'sangat' happy kerana dia memang berat meninggalkan rumah dan hidup berjauhan. Alasannya nanti tak dapat tidur dengan ibu... nampak sangat la dia ni manja! Mesti lepas solat dia selalu berdoa supaya tak dapat kata pak sedara dia. Dilema juga bila berhadapan dengan situasi macam ni tapi kalau dah tak nak paksa pun tak guna juga. Tak apa lah, biarlah dia buat keputusan sendiri, mungkin belum masanya dia nak meninggalkan dunia 'rumah' dia. Apa-apa pun yang penting belajar rajin-rajin walau dimana pun kita bersekolah... ibu tetap SAYANG walau apa pun keputusan Yin. 

No comments:

Post a Comment