Thursday, April 9, 2009

Hadiah dari Yus


Tiba-tiba dapat hadiah dari yus... ingatkan untuk apa, rupa-rupanya tanda terima kasih sebab buatkan hantaran kahwin dia. Sebenarnya bukan mintak untuk dibalas pun... anyway... terima kasih daun keladi.

Tali layang-layang kaca...


Tengok dari gambar memang tak boleh nak fikir apa agaknya yang hisham tengah buat. Check punya check rupa-rupanya dia tengah jemur tali layang-layang yang dah disalut kaca yang dah di blend supaya hancur dan direndam dengan gam. Hasilnya apabila main layang-layang dengan orang lain gerenti layang-layangnya akan putus apabila kena cantas dengan tali layang-layang kaca ni. Menang memang la menang tapi hati-hati sebab tangan boleh hancur sebabkan kaca kat tali tu. Macam-macam idea dia orang ni....

Rumah Laili



Selepas kenduri di tapah, singgah di sungkai, rumah laili. First time datang sini... selepas beberapa kali kena marah sebab tak singgah bila datang ke perak. Tengahari tu di jamu dengan masak lemak ikan sungai... memang sedap gila dan memang dah berjanji akan datang lagi di masa akan datang... insyaallah.

100 hari selepas pemergian arwah ayah chik


Hari sabtu yang lepas kenduri arwah yang ke 100 hari. Masih teringat lagi macam mana dia bersusah payah menjaga dan berkorban dan paling ketara kasih sayang arwah yang tak pernah berbelah bagi walaupun selepas dia punya anak sendiri... semuga rohnya dicucuri rahmat... alfatihah...

Arissa, CJ7 dan kaki yang menjadi tanda tanya...


Ni la Arissa... puteri kepada eca dan wadi. Yang CJ7 tu kawan dia. Alhamdulillah dah semakin sihat nampaknya. Makan banyak-banyak, nanti cepat besar and boleh main dengan kak imann.


Ha... yang ni pulak cuba teka... kaki yang mana belongs to Liza...

Happy Birthday Yus!


26 mac hari tu one of my staff punya birthday. Happy 24th birthday Yus a.k.a Manja. Semuga panjang umur dan murahkan rezeki.

WSK506


Kereta apa kat celah-celah pokok tu? Ha... alhamdulillah akhirnya dapat pakai kereta ni. Kalau orang lain mungkin kereta idaman mestilah mercedez ke, volvo ke, cayenne ke tapi for me BUAT MASA SEKARANG MYVI dah good enough and termampu... spacious, comfortable and easy ride. Lebih teruja bila dapat plat no 506. Kenapa pilih PUTIH? Sidang majlis tertinggi (nisa, rina dan imann) sebulat suara memilih putih so ibu ikut saja. Next... favourite car... Honda Stream... angan-angan je dulu. Mana la tahu next 5 years boleh dapat.