Wednesday, July 29, 2009

First time umar masuk swimming pool. Attire tak beli lagi tapi dah bagi sneak preview macam mana rasa air swimming pool.

Ha.. ha.. bila bukak baju dia terus menjerit... kelakar la umar ni. Mama... apa lagi cepat-cepat la beli attire umar.... dah tak sabar ni.


Ha... imann ni hari-hari nak pergi swimming... asyik call ibu suruh balik cepat sebab nak swim. Nasib baik la nanti umar pun dah nak start swim boleh la achik teman kan imann dengan yin.

Rani Mukerji dan Shah Rukh Khan


Ada one lady by the name Pn Rani order cake untuk birthday anak-anaknya. Dia nak 4 recipe dan shape macam buku. Bila dapat CD terkejut tengok gambar sebab macam pelakon bollywood. Masa hantar cake ni untuk function anak-anaknya... terkejut juga sekali lagi sebab macam pergi function wedding tapi sebenarnya cuma birthday je. Lupa nak bagi tau... harga cake ni RM420. Kalau sapa-sapa nak order... email je.

Pecan Butterscotch


Secret recipe ada cake baru... pecan butterscotch. Tak nak komen kat sini macam mana rasa nya... apa kata kalau sesapa rasa teringin pergi la secret recipe taman melati atau jalan pahang ye..

Transformer 2

Atas permintaan nisa, yin dan imann... saturday yang lepas pergi lah tengok transformer 2. Tak sangka cerita nya memang best. Tapi kalau tak tengok yang pertama kurang faham sikit lah opening cerita tu. Imann lah orang paling beria-ia nak tengok T-Form2 tapi dia lah orang pertama yang masuk panggung terus tidur. Apa la imann......

Wednesday, July 22, 2009

Umar semakin membesar...

Semakin hari umar semakin banyak perubahan. Sekarang dia dah pandai senyum dan ketawa bila diagah.


Yey... yey... umar dapat toy baru mama beli. Dia memang teruja tengok toy tu.

Sambil-sambil tu...





Sambil-sambil menunggu yin, nisa dan imann pun buat lah apa yang patut. Ibu jugak yang tak ada benda nak buat. Achik pulak pergi bershopping dengan umar.

Fatin's birthday




Last sunday yin pergi birthday fatin kat A&W AU2. All of us terpaksa lah melepak somewhere kat situ jugak sementara tunggu birthday habis. Normal lah bila buat birthday kat A&W mesti ada big bear jadi mascot. Imann ni sebenarnya nampak aje berani tapi sebenarnya memang cukup takut dengan clown... apalagi... menjerit la dia hari tu. Anyway... happy 11th birthday fatin.

Monday, July 20, 2009

Ikea..




Imann memang suka pergi ikea dan hari-hari nak pergi ikea. Entah apa yang menarik hati dia tak tahu lah dan tak sah kalau tak makan chicken wing kalau pergi ikea. Belinya sikit je tapi boleh ambil masa dari pagi sampai ke petang kat sini.

Akhirnya....


Akhirnya sampai juga kak ngah ke secret recipe taman melati. Rasanya dah setahun berjanji tapi selalu tak jadi. Liza pun rasanya dah tak jumpa kak ngah since 1985. Terkejut tengok Zira sebab last jumpa dia kecik lagi masa tu. Bila cerita masa kecik-kecik dulu memang la kelakar tapi sure kak ngah tak boleh lupa bila dia selalu berborak celah tingkap dengan dot dot tu.. he.. he.. jangan marah kak ngah....

Penang mari....




Last weekend eca, wadi, arissa, hayat dan ajim datang. Hayat datang by bus dari penang... tengah malam jugak la dia sampai. Ajim pulak rupanya dah belajar kat KL. Agenda weekend ni pergi alamanda makan steam boat... ingatkan lepas tu nak pergi tempat lain tapi arissa dah start demam so... agenda seterusnya balik rumah la nampaknya. Next day before dia orang balik pergi nasi lemak antarabangsa kat taman melati. Ada rahsia terbongkar minggu ni... boleh tahan jugak hayat ni... banyak peminat rupanya. Dapat juga tengok gambar 'mata air' dia... tak lama lagi makan nasi minyak le kita.

20 days to go...

20 hari lagi birthday imann yang ke 4. Masa berjalan memang cepat... rasanya sekejap je dia dah besar. Sekarang ni tengah plan apa nak bagi masa birthday dia nanti. Imann ni tak susah janji apa-apa yang berwarna pink. So... nisa, yin, nenek, achik... fikir-fikir la ye apa nak bagi... sure dia tanya nanti.

Saturday, July 18, 2009

Bowling tournament antara outlet

Outlet jln pahang

Outlet melati



Aktiviti untuk akhir bulan june ialah bowling antara outlet melati dan outlet jln pahang. Kali ni outlet melati menjadi JUARA. Pemain terbaik lelaki ialah firdaus dan untuk perempuan ialah nik. Tahniah... outlet melati.

Kesian Imann...


Sampai je ke rumah dari perak, imann jatuh dalam kereta alphard. Kepala berdarah.... kesian imann. Nasib baik ada minyak gamat kalau tak sure kena pergi klinik dan kena jahit.

cameron highland - part 2




Agenda kat cameron ni semestinya makan... makan... dan makan. So happen ada pasar tani dan macam-macam boleh jumpa kat sini. Ada jual fresh honey, strawberry jem, jambu jeruk dan macam-macam lagi. Dari bkt raja terus ke brinchang dan nak turun ke tanah rata terpaksa patah balik sebab umar muntah. Kesian dia... tak biasa dengan jalan pusing-pusing kot. Bukan dia je yang tak biasa... ati pun sama pening tapi tak lah sampai muntah. By 5pm turun dari cameron, terus balik ke bidor dan 9pm bertolak balik ke KL. Lain kali boleh datang lagi ke sini dan at least dapat bermalam satu dua hari baru best.

Cameron Highland - part 1




Plan yang sebenarnya nak pergi johor dan singapore sebab ada wedding tapi terpaksa cancel sebab nisa dan yin sekolah so ubah haluan ke arah perak which amir ada buat kenduri tahlil. Lepas tahlil terus balik rumah kak eda kat bidor. Malam tu buat plan the next day nak pergi cameron highland. About 7.30 bertolak ke cameron, bawak sekali kak eda, alang, ati dan yan. Dah 10 tahun tak jejak kaki kat cameron so memang nampak banyak perubahan.

Wednesday, July 15, 2009

Official opening!




15 June officially outlet jalan pahang dibuka. Waktu perniagaan 10am-10pm. Jutaan terima kasih pada Wani, Naim, Ashraf, Nas, Zarul, Azhar, Lad, Aliff dan Ya yang banyak menolong dari awal hingga kedai dibuka especially Wani yang tahu apa nak buat tanpa perlu disuruh dan tak lupa juga Christine dan Irene dari Secret Recipe. Thank you guys and gals! Alhamdulillah....

Doa selamat@jln pahang outlet

Sehari sebelum opening ada doa selamat sikit. Tak jemput ramai orang pun cuma orang masjid dan family. Semuga semuanya akan berjalan lancar dan diberkati.... Amin...

Cleaning before opening



15 june opening untuk outlet jalan pahang. Dua hari sebelum buka staff bertungkus lumus mencuci seluruh kedai. Esoknya lagi banyak kerja bila semua equipment akan masuk. Rasa macam tak cukup masa bila banyak benda nak buat. Walaupun ni outlet kedua tapi stressnya macam nak buka outlet pertama. Outlet pertama regional manager secret recipe banyak tolong tapi bila dah yang ke dua ni kena la pandai-pandai buat sendiri.



Birthday gathering




Happy belated birthday to Syazrin and Nik, Happy advance birthday to Pn Farah. Staff decided nak celebrate semua birthday yang jatuh pada may dan june sekali. Tau-tau dia orang dah plan buat BBQ dan surprise birthday cake. Tukang bakar BBQ tak de experience... ayam dan sausage dah naik rentung... sabar je lah... Anyway... thanks a lot... ramainya staff kat gambar atas ni bila dah ada 2 outlet. Staff baru yang masih under training tu masih malu-malu dan belum tunjuk belang lagi.