Wednesday, February 18, 2009

Forum Perdana




Sekolah Yin mengadakan Forum Perdana by RTM1 dan diwajibkan hadir pukul 8pm. So ibu, Yin dan Imann pun pergi la, Nisa tak dapat pergi sebab ada tuition. Tunggu punya tunggu sampai pukul 10pm pun belum mula, so terpaksa la balik sebab kena fetch Nisa dari tuition. Rugi jugak tak dapat dengar ceramah malam tu.

Main layang-layang








Lepas balik dari rumah Aunty Reha, terus pergi main layang-layang kat Taman Metropolitan. Tak lama lepas tu Kak Eca, Baby Arissa, Abg Wadi dan Abg Hayat join sama. Beli 2 layang-layang, ibu pun tak lepas peluang main sama-sama. Ramai sangat orang kat sini dan ada bermacam-macam rupa layang-layang. Lain kali boleh datang lagi....

Aunty Reha's baby boy



Last sunday visit Aunty Reha sebab dia baru dapat baby yang ke 5. Comel sangat and berat 3.4kg. Imann tak habis-habis nak posing dengan baby. Anyway... congratulations!

Tuesday, February 17, 2009

Hasil kerja imann yang kedua


Gambar dolphin ni dah nampak lebih baik dari sebelum ni. Kadang-kadang rina pun rajin ajar imann kat rumah macam mana nak colour cantik-cantik.



Yang ini katanya teacher ada tolong colour kan, so nampak macam ok la... tak de la keluar sempadan sangat.




Cuba perhati betul-betul... memang imann suka guna pencil colour PINK aje. Kucing dan apple pun warna pink.


Sifu & Tongga


Saturday night yang lepas nak tengok cerita GENG kat KLCC (imann yang suggest pergi tengok TV BESAR)... malangnya tiket dah habis so Rina suggest tengok Sifu Tongga. Imann memang tak nak sebab dia memang dah tunggu lama nak tengok cerita geng. Terpaksa la pujuk dan akhirnya dia setuju. Kalau fikirkan balik memang menyesal jugak tengok cerita ni... kurang menarik dan tak kelakar sangat. Tapi tak pe lah...sapa lagi kalau tak sokong filem melayu kalau tak kita.

Monday, February 16, 2009

Bowling Tournament





End of january ada bowling tournament antara staff dan boss-boss pun join sekali. Ada 4 team... team chipmunk, chi hua hua, upin & ipin dan loss & faun. Kononnya game start pukul 11pm selepas staff habis kerja tapi end up start pukul 12pm sebab ada yang terpegi salah bowling centre. Anyway... memang fun sebab semua ada gaya tersendiri... yang bola masuk longkang pun ramai. Game habis lebih kurang pukul 1.30 pagi dan CHAMPION ialah team CHIPMUNK. Bravo chipmunk! Lain kali kita main lagi....kay.

Hasil kerja imann yang pertama



Ni la hasil kerja imann untuk minggu yang pertama di sekolah. Kalau mewarna mesti imann pakai pink sebab itu favourite colour. Bila mewarna selalu lari keluar dari landasan sebab imann tak pandai lagi. Anyway... good try imann.

Hari pertama bersekolah

Masa assembly semua seronok menyanyi. Macam-macam lagu ada... english, melayu dan mandarin. Ni la suasana dalam class.... ada 10 student. Ada yang bersemangat, yang menangis dan yang blur pun ada. Biasa la... mula-mula nak sekolah. Imann steady je sebab dia memang suka nak sekolah sampai hari cuti pun nak pergi sekolah.


Ni la attire imann untuk ke sekolah. Excited sangat-sangat nak ke sekolah. Mulanya imann masuk untuk 3 tahun tapi di tukar ke 4 tahun. Nama teacher imann, ANGIE.

Monday, February 9, 2009

Terjun kolam

Tengok je la aksi-aksi kelakar dia orang kat atas ni lepas balik dari secret recipe terus terjun kolam walaupun masa tu dah pukul 12 malam. Imann pun tak lepas peluang walaupun dah sejuk menggigil tapi tetap nak join the group.

Gathering at secret recipe

Gambar ni diambil masa bulan Dec yang lepas. Ibu plan bawak semua orang dinner kat secret recipe... mak eda and family, mak esah and family, pak long, mak long and nenek since semua ada kat KL bercuti.

Sunday, February 8, 2009

Restoran Intai-Intai


Ha... yang ni gambar masa Mak Eda satu family datang rumah, lepas tu Achik ajak pergi makan dinner and as usual ibu kena suggest tempat makan. Ibu bawak pergi Restoran Intai-Intai... somewhere kat Ampang dan ownernya En Bahar, ala... yang kat Akademi Fantasia 1 tu. Makanan kat situ memang best dan suasananya pun best. Lagi best sebab pergi ramai-ramai. Thank you Uncle Fadil and Achik.

Alang's 15th birthday


Gambar ni masa birthday Alang yang ke 15. Before that ibu bawak pergi tengok wayang cerita BOLT kat KLCC. Lepas tu pergi secret recipe ibu celebrate birthday Alang. Anyway... Happy Birthday Alang... May Allah Bless You. Love from all of us....

Gerhana Matahari

Waktu ni all of us ada di Bidor, rumah Mak Eda sebab ada wedding. Kalau tak silap masa ni pukul 5.15pm. Gambaran kat sini berbeza dengan kat Planetarium. Memang cantik kejadian tuhan ini. Terganga jugak lah pak yang, mak eda, abg yan, alang, ati, nenek dan bibik bila tengok.

Posted by Picasa

Uncle Fadil's birthday

On the 3rd Jan hari tu birthday Uncle Fadil yang ke... rahsia katanya. We celebrate kat uncle chilli, bangsar. Food semua sedap-sedap. Thank you Uncle Fadil and Achik.
Posted by Picasa

Thursday, February 5, 2009

BLOG nisa, rina & imann

Akhirnya dapat juga siapkan BLOG untuk nisa, rina & imann. Hopefully lepas ni dapat luangkan masa untuk update blog ni hari-hari. Blog ni bukan terhad untuk cerita-cerita 3 angels ni sahaja sebab ibu pun nak tumpang sama.... so enjoy!