Wednesday, April 27, 2011

Bus Station Tasik Selatan...

Kalau dulu bus station kat puduraya memang la sesak dan sangat 'hodoh' (oops sorry!) tapi sekarang semenjak station yang dibahagi kepada 2 which orang yang nak ke selatan boleh naik kat Tasik Selatan dan orang yang nak ke utara boleh naik kat puduraya, perubahan yang sangat ketara... dah macam airport la pulak, SANGAT CANTIK DAN CANGGIH! Kalau tak percaya pergi lah tengok sendiri, memang cantik.

Ruang legar

dibawah pulak ruang untuk bas menunggu penumpang

Putu mayam....

Pernah tak tengok macam mana orang buat putu mayam? Mesti semua orang tak tahu. Hari tu selepas balik dari rumah pengantin, singgah sekejap kat pasar malam sebelah pasar Temoh. Sambil jalan-jalan tu ternampak something yang jarang kita dapat tengok, rupa-rupanya buat putu mayam. Katanya inilah cara orang india buat putu mayam dan dia belajar pun dari orang india. Sangat senang cuma bancuhan nya kurang arif sikit la.

masuk bancuhan dalam acuan

tekan atas kain yang diletak atas raga

 
sedia untuk dikukus

Amani...

Enjoy the piccas....




Kem Kepimpinan

Sebelum nak pergi kem, dia orang memang excited. Kena beli itu kena beli ini dan macam-macam la yang cikgu nak. Sleeping bag pun mesti ada, yang mana boleh pinjam, pinjam la kat sesapa. Kelau semuanya kena beli... alamak, jenuh jugak ni. Akhirnya dapat juga sediakan semua benda. Kena ada disekolah pukul 2.30 dan katanya bas bertolak dalam pukul 3pm. Jaga diri baik-baik anak-anak. Selepas 3 hari kem di Ulu Yam, dia orang sampai dalam pukul 3pm disekolah. Nampak muka semuanya keletihan. Katanya dapat tidur cuma 2-3 jam saja setiap hari sebab jadual aktiviti memang padat. Hari kedua waktu solat subuh Yin muntah, katanya sebab lapar dan malamnya pulak Nisa pulak muntah sebab pening kepala. Tak pe la... tu semua dugaan ber 'camping'. Pesanan untuk Yin, lain kali masa makan malam makan banyak sikit supaya perut tu tahan sampai pagi. Ini mesti kes makan sikit dan ada yang pedas kot. Anyway gambar kat bawah ni ehsan dari Teacher Lim yang menjadi photographer sepanjang kem berlansung. So enjoice the piccas...

macam nak pindah




nisa kata ni bag pelajar perempuan... mak aii, banyaknya....








ni sah kena denda...











amboi! siap setting lagi....





pandai betul cikgu, bila semuanya dah penuh lumpur... masuk dalam sungai, gerenti bersih!




















facilitator from UPM