Wednesday, April 27, 2011

Wedding Shanti dan Azrul - 23 April 2011

Akhirnya shanti mengakhiri zaman bujangnya tahun ni selepas sebulan balik dari Ireland. Bila majlis macam ni yang seronok tentu lah kita orang ni sebab dapat jumpa saudara mara yang jauh dan dekat. Bila berjumpa macam-macam cerita nak cerita tapi jangan bergosip sudah la ye. Masa macam ni la nak kenal sedara, mana lah tahu ada yang kita tak pernah jumpa. Esok-esok berlaga bahu kat KL pun kita tak tahu yang tu sebenarnya sedara kita. Selalunya bila jarang jumpa mesti ada yang dah tambah anak atau pun cucu, kalau tambah isteri tu tak tahu lah pulak tapi rasanya belum ada lagi kot. Apa-apa pun... Selamat Pengantin Baru pada Shanti dan Azrul. Semuga kekal hingga ke anak cucu. Sayang arwah ayah chik tak dapat tengok Shanti kahwin. Tapi tak pe, mesti dia gembira di sana sebab semua anak perempuan dia dah pun berumah tangga.








3 generasi

4 beradik yang tinggal dari 10 beradik






Uncle yang paling eldest

Uncle paling youngest




Birthday yang ke 91