Thursday, April 14, 2011

Sarah

Setiap hari khamis Dr Fatma Az Zehra akan datang ke Surau Bukit Mulia, Bukit Antarabangsa untuk kelas tafsir Al-Quran. Kelas ni dah dekat setahun diadakan disini dari pukul 11am sehingga pukul 1 tengahari. Ramai muslimat yang datang, bukan dari penduduk disini saja tapi termasuk yang tinggal jauh-jauh. Mungkin semua orang dah kenal dia dan kelas yang diadakan pun percuma. Dia pun selalu pesan, hadirlah majlis ilmu supaya kita sentiasa beri peringatan pada diri sendiri. Yang nak diceritakan disini, tak disangka-sangka dalam majlis ilmu ni terjumpa Sarah, kawan sekolah yang dah 26 tahun tak jumpa. Orangnya masih macam dulu, merendah diri, simple dan lemah lembut. Seronok tak terkata, rupa-rupanya dah bertahun-tahun tinggal kat area yang sama tapi tak pernah pulak berjumpa. Lepas ni tiap-tiap minggu la kita akan berjumpa ye Sarah!

Sarah




ps: Tq pada the youngest photographer yang ambik gambar-gambar kat atas ni. Cuba teka siapa? Hahaha Imann la... siapa lagi!