Tuesday, July 14, 2009

Imann demam panas....



Imann demam panas yang boleh dikatakan terlalu panas. Jumpa doktor dah 3 kali dan 2 kali check darah.... everything ok... perfect tapi demam masih tak 'kebah' sampai dekat 2 minggu. Yang menakutkan bila panas, mata sampai naik bengkak. Akhirnya Siti suggest bawak jumpa Wan. Wan ni nenek sedara dia yang pandai dalam hal-hal benda yang kita tak nampak. Frankly i'm not the person yang percaya semua ni tapi kerana Imann pergi jugak lah. Rumah dia kat puchong dan bila pergi time jamm memang terasa jauh sangat. Before sampai dia dah tahu apa terjadi pada imann dan katanya imann kena 'tegur' waktu malam dan sememangnya sehari sebelum dia demam dia ada datang ke secret recipe melati which masa tu staff ada buat BBQ. Wan bagi air sireh untuk mandi dan sapu kepala. Malam tu dia masih demam dan hati mula berkata-kata... eh betul ke wan ni. Tapi bila imann dah dimandikan kali ketiga terus dia sihat walafiat... syukur alhamdulillah... dengan izin allah.

No comments:

Post a Comment