Thursday, March 3, 2011

hazel...

Guess what? Nisa, Yin dan Imann dah ada kawan baru. Nama dia Hazel. Bertahun-tahun dia orang mencuba nasib 'Ibu, boleh tak nak ada hamster?'... my answer will always be 'NO!'. Entah macam mana baru-baru ni masa birthday Ijam, Tisya ajak the kids and gang tengok hamster dia. Bermulalah episod memujuk ibu untuk belikan hamster. Akhirnya ibu pun bersetuju sesudah persidangan meja bulat dibuat antara ibu dan anak-anak bahawa penjagaan adalah seratus peratus oleh anak-anak. Hamster yang Nisa beli ni jenis Roborosyki, dan pada mulanya letak nama Violet sebab hamster ni 'girl' tapi akhirnya bertukar kepada Hazel sebab ikut warna katanya. Bermulalah kehidupan Hazel bersama 3 Angels dan nampaknya dia orang memang rajin menjaga, membersih dan main-main dengan Hazel. Semuga kerajinan ni akan sampai bila-bila ye anak-anak....