Thursday, February 10, 2011

Kadet Polis...

Tahun 2011 ni Nisa dan Yin masuk Kadet Polis pilihan untuk koko disekolah. Sebelum ni kat sekolah rendah Yin masuk Pandu Puteri so uniform macam biasa-biasa je. Nisa pulak memang tak melibatkan diri lansung untuk koko. Tahun ni dia tak ada pilihan, dia kena jugak masuk sebab semua tu akan diambil kira untuk masuk universiti nanti. Awal-awal lagi Yin dah bagi tau uniform untuk kadet polis akan mencecah RM300. Terkedu jugak bila dengar! Kalau 2 orang dah RM600. Nasib baik untuk Yin tak perlu pakai full uniform lagi cuma tshirt dan seluar panjang je... fuhh, lega! Hari yang sama jugak Ayah masukkan duit untuk uniform Nisa dan mencari size, butang, ring dan macam-macam lagi memang meletihkan. Esoknya bila tengok Nisa pakai full uniform memang terpegun jugak la... memang nampak SMART, sampaikan neighbour sebelah pun terus nak suruh anak dia pun masuk kadet polis. 


Balik dari sekolah boleh dengar keluhan demi keluhan dari Nisa dan Yin tentang kali pertama dia orang berkawad. Panas la, kaki sakit la, susah nak hafal macam mana nak kawad dan bermacam-macam lagi. Yin tanya boleh ke kalau kawad dalam bilik perpustakaan sebab bilik tu air-cond.... (apa punya soalan kan?) Nisa kata semua orang suka Yin sebab dia kadet yang paling COMEL sebab size yang agak kecik. Sampaikan kakak yang mengajar kawad tu belanja dia minum. Nisa pulak baru baik demam, lepas tu kena pulak berkawad kat tempat panas... memang la rasa macam nak pengsan. Anyway... pesanan Ibu cuma satu, make sure makan lunch so that ada energy untuk berkawad, takut nanti pengsan pulak. Tak lama lagi ada macam-macam lagi aktiviti untuk kadet polis, masa tu mesti Nisa dan Yin akan rasa best masuk kadet polis.