Thursday, August 6, 2009

Kenduri - part 2

Mak eda tengah masak wajik durian.

Alang and arissa

Staff jalan pahang yang datang after kedai tutup.
Staff melati tak sempat sebab tutup pukul 12 malam.

Uncle bob, abah and mama umar.

Nanti kalau umar dah besar biar dia tengok perangai mama dia...

Monday, August 3, 2009

Kenduri menyambut puasa dan aqeqah Umar dan Afrinaz

1 hb Ogos dah sepakat nak buat kenduri menyambut puasa dan aqeqah umar dan afrinaz. Tak jemput ramai cuma saudara mara, ahli masjid dan jiran-jiran. Menu untuk malam tu kari kambing, kurma kambing, ayam berempah, sayur campur, ulam-ulaman dan sambal belacan, rendang dan pulut kuning (ayu sponsor), ikan goreng cili (amir sponsor), buah-buahan, sirap dan teh tarik dan tak ketinggalan carrot slice. Syukur alhamdullillah semuanya berjalan lancar... rasanya lain kali boleh buat kenduri lagi.


Umar and Nisa


Anak-anak dan cucu Ramli Md Said dan Siti Zaleha Mohd Yunus


Tunggu nak mintak sikit ni....

Kat daput jugak dia orang ni kumpul ramai-ramai.

Dia orang ni cuba nak sabotaj kek tu....

Mama busy so papa wadi tolong jagakan....

Kak esah dan kak eda tengah sibuk menyiang ikan 80 ekor dari tapah. Thank you abg amir.

Wednesday, July 29, 2009

First time umar masuk swimming pool. Attire tak beli lagi tapi dah bagi sneak preview macam mana rasa air swimming pool.

Ha.. ha.. bila bukak baju dia terus menjerit... kelakar la umar ni. Mama... apa lagi cepat-cepat la beli attire umar.... dah tak sabar ni.


Ha... imann ni hari-hari nak pergi swimming... asyik call ibu suruh balik cepat sebab nak swim. Nasib baik la nanti umar pun dah nak start swim boleh la achik teman kan imann dengan yin.

Rani Mukerji dan Shah Rukh Khan


Ada one lady by the name Pn Rani order cake untuk birthday anak-anaknya. Dia nak 4 recipe dan shape macam buku. Bila dapat CD terkejut tengok gambar sebab macam pelakon bollywood. Masa hantar cake ni untuk function anak-anaknya... terkejut juga sekali lagi sebab macam pergi function wedding tapi sebenarnya cuma birthday je. Lupa nak bagi tau... harga cake ni RM420. Kalau sapa-sapa nak order... email je.

Pecan Butterscotch


Secret recipe ada cake baru... pecan butterscotch. Tak nak komen kat sini macam mana rasa nya... apa kata kalau sesapa rasa teringin pergi la secret recipe taman melati atau jalan pahang ye..

Transformer 2

Atas permintaan nisa, yin dan imann... saturday yang lepas pergi lah tengok transformer 2. Tak sangka cerita nya memang best. Tapi kalau tak tengok yang pertama kurang faham sikit lah opening cerita tu. Imann lah orang paling beria-ia nak tengok T-Form2 tapi dia lah orang pertama yang masuk panggung terus tidur. Apa la imann......

Wednesday, July 22, 2009

Umar semakin membesar...

Semakin hari umar semakin banyak perubahan. Sekarang dia dah pandai senyum dan ketawa bila diagah.


Yey... yey... umar dapat toy baru mama beli. Dia memang teruja tengok toy tu.

Sambil-sambil tu...





Sambil-sambil menunggu yin, nisa dan imann pun buat lah apa yang patut. Ibu jugak yang tak ada benda nak buat. Achik pulak pergi bershopping dengan umar.

Fatin's birthday




Last sunday yin pergi birthday fatin kat A&W AU2. All of us terpaksa lah melepak somewhere kat situ jugak sementara tunggu birthday habis. Normal lah bila buat birthday kat A&W mesti ada big bear jadi mascot. Imann ni sebenarnya nampak aje berani tapi sebenarnya memang cukup takut dengan clown... apalagi... menjerit la dia hari tu. Anyway... happy 11th birthday fatin.

Monday, July 20, 2009

Ikea..




Imann memang suka pergi ikea dan hari-hari nak pergi ikea. Entah apa yang menarik hati dia tak tahu lah dan tak sah kalau tak makan chicken wing kalau pergi ikea. Belinya sikit je tapi boleh ambil masa dari pagi sampai ke petang kat sini.

Akhirnya....


Akhirnya sampai juga kak ngah ke secret recipe taman melati. Rasanya dah setahun berjanji tapi selalu tak jadi. Liza pun rasanya dah tak jumpa kak ngah since 1985. Terkejut tengok Zira sebab last jumpa dia kecik lagi masa tu. Bila cerita masa kecik-kecik dulu memang la kelakar tapi sure kak ngah tak boleh lupa bila dia selalu berborak celah tingkap dengan dot dot tu.. he.. he.. jangan marah kak ngah....

Penang mari....




Last weekend eca, wadi, arissa, hayat dan ajim datang. Hayat datang by bus dari penang... tengah malam jugak la dia sampai. Ajim pulak rupanya dah belajar kat KL. Agenda weekend ni pergi alamanda makan steam boat... ingatkan lepas tu nak pergi tempat lain tapi arissa dah start demam so... agenda seterusnya balik rumah la nampaknya. Next day before dia orang balik pergi nasi lemak antarabangsa kat taman melati. Ada rahsia terbongkar minggu ni... boleh tahan jugak hayat ni... banyak peminat rupanya. Dapat juga tengok gambar 'mata air' dia... tak lama lagi makan nasi minyak le kita.

20 days to go...

20 hari lagi birthday imann yang ke 4. Masa berjalan memang cepat... rasanya sekejap je dia dah besar. Sekarang ni tengah plan apa nak bagi masa birthday dia nanti. Imann ni tak susah janji apa-apa yang berwarna pink. So... nisa, yin, nenek, achik... fikir-fikir la ye apa nak bagi... sure dia tanya nanti.

Saturday, July 18, 2009

Bowling tournament antara outlet

Outlet jln pahang

Outlet melati



Aktiviti untuk akhir bulan june ialah bowling antara outlet melati dan outlet jln pahang. Kali ni outlet melati menjadi JUARA. Pemain terbaik lelaki ialah firdaus dan untuk perempuan ialah nik. Tahniah... outlet melati.

Kesian Imann...


Sampai je ke rumah dari perak, imann jatuh dalam kereta alphard. Kepala berdarah.... kesian imann. Nasib baik ada minyak gamat kalau tak sure kena pergi klinik dan kena jahit.

cameron highland - part 2




Agenda kat cameron ni semestinya makan... makan... dan makan. So happen ada pasar tani dan macam-macam boleh jumpa kat sini. Ada jual fresh honey, strawberry jem, jambu jeruk dan macam-macam lagi. Dari bkt raja terus ke brinchang dan nak turun ke tanah rata terpaksa patah balik sebab umar muntah. Kesian dia... tak biasa dengan jalan pusing-pusing kot. Bukan dia je yang tak biasa... ati pun sama pening tapi tak lah sampai muntah. By 5pm turun dari cameron, terus balik ke bidor dan 9pm bertolak balik ke KL. Lain kali boleh datang lagi ke sini dan at least dapat bermalam satu dua hari baru best.