Monday, February 14, 2011

Jalan-jalan cari makan...

Disebabkan dah letih berjalan seharian, let the picture do the talking....





Boy posing maut, patut la girlfriend dia takut bagi dia pergi KL untuk study. Rasa-rasanya kenal tak kotak kuning ni? Lain tak bukan National Geographic. Kalau nak berposing boleh la datang ke Lot 10 Level 3. Ada banyak kotak, pilih je mana yang suka.






National Geographic dah buka kedai jual merchandise kat Lot 10. Harga... ermmm memang mahal la!


Ha... ni cafe Jacky Chan. Tengok la tempat duduk kalau nak minum, siap boleh berlunjur kaki dan nak baring pun boleh. Macam-macam concept sekarang ni...


Singgah sekejap kedai Apple. Boy tengah try Apple IMac. Bila la nak dapat idaman kalbu ni. Tengok harga RM3,500, ermmm entah bila la nak dapat. 









Ha... yang ni interesting! Ada 'YES TOUCHWALL'. Tersangat la besar dan touch screen pulak tu. Seronok la budak-budak tu touch sana touch sini.



Dah lapar so stop sekejap kat sushi king...


Meneruskan perjalanan ke Low Yat Plaza...



Stop untuk makan durian pulak. Tengok tu boy tengah mencuba bukak durian...


Hantar boy balik ke UITM. See you again next time boy, study smart!






Sebelum balik rumah singgah sekejap kat Great Eastern sebab anak-anak nak cari hamster. Disebabkan mahal so nanti kita cari kat lain okay....









Biasalah, kalau dah kesini dia orang mesti nak singgah kedai Balloon Buzz ni dan mesti nak mencuba benda-benda pelik kat sini. As usual... tak boleh beli apa-apa tau! Okay... time to go back and rest... bye!

High-tea @ Siti's house

Lepas pergi birthday Ijam, sambung ke high-tea rumah Siti pukul 4pm. Bila sampai kat MRR2, jamm gile! Rasa macam nak patah balik bila tengok jamm yang panjang tu. Sampai rumah Siti at about 5pm and jemputan dia yang lain tu dah lama sampai, so terus la duduk dan makan. Menu hari tu nasi impit goreng, (mesti tak pernah dengar kan?), salad, nasi impit dan rendang, mee ketam dan macam-macam lagi lah. Memang kenyang sampai malam, balik rumah mandi, tengok American Idol dan terus tidur...



Chef-chef busy kat dapur...







Ijam's 7th birthday....

12th Feb 2011 birthday Ijam. Ijam ni best friend Imann dan Aina. Orangnya comel, pemalu dan paling ketara tak boleh berpisah dengan mama dia lama-lama. Dia orang yang manja dan kadang-kadang senang menangis especially dengan mama dia lah. Satu yang istimewa pada Ijam ni, dia terus boleh membaca tanpa pergi tadika. Dah besar nanti mesti jadi doktor ni... atau pun maybe pilot ke... betul tak mama Ijam?
Happy Birthday Ijam, from Imann, Kak Nisa dan Kak Yin!

















Thursday, February 10, 2011

Kadet Polis...

Tahun 2011 ni Nisa dan Yin masuk Kadet Polis pilihan untuk koko disekolah. Sebelum ni kat sekolah rendah Yin masuk Pandu Puteri so uniform macam biasa-biasa je. Nisa pulak memang tak melibatkan diri lansung untuk koko. Tahun ni dia tak ada pilihan, dia kena jugak masuk sebab semua tu akan diambil kira untuk masuk universiti nanti. Awal-awal lagi Yin dah bagi tau uniform untuk kadet polis akan mencecah RM300. Terkedu jugak bila dengar! Kalau 2 orang dah RM600. Nasib baik untuk Yin tak perlu pakai full uniform lagi cuma tshirt dan seluar panjang je... fuhh, lega! Hari yang sama jugak Ayah masukkan duit untuk uniform Nisa dan mencari size, butang, ring dan macam-macam lagi memang meletihkan. Esoknya bila tengok Nisa pakai full uniform memang terpegun jugak la... memang nampak SMART, sampaikan neighbour sebelah pun terus nak suruh anak dia pun masuk kadet polis. 


Balik dari sekolah boleh dengar keluhan demi keluhan dari Nisa dan Yin tentang kali pertama dia orang berkawad. Panas la, kaki sakit la, susah nak hafal macam mana nak kawad dan bermacam-macam lagi. Yin tanya boleh ke kalau kawad dalam bilik perpustakaan sebab bilik tu air-cond.... (apa punya soalan kan?) Nisa kata semua orang suka Yin sebab dia kadet yang paling COMEL sebab size yang agak kecik. Sampaikan kakak yang mengajar kawad tu belanja dia minum. Nisa pulak baru baik demam, lepas tu kena pulak berkawad kat tempat panas... memang la rasa macam nak pengsan. Anyway... pesanan Ibu cuma satu, make sure makan lunch so that ada energy untuk berkawad, takut nanti pengsan pulak. Tak lama lagi ada macam-macam lagi aktiviti untuk kadet polis, masa tu mesti Nisa dan Yin akan rasa best masuk kadet polis.

Perodua Service Centre...

Hari ni mileage kereta dah sampai 40,000 so dah due untuk servis. Bukan tak ada tempat servis yang terdekat tapi tetap juga nak pergi yang jauh. Yang paling dekat dengan rumah ialah kat keramat. Somehow yang kat segambut ni tempatnya sangat selesa untuk menunggu sambil servis kereta. Ada disediakan minuman dan kueh-mueh untuk makan. Ada juga newspaper dan magazine untuk dibaca masa menunggu dan kalau tak nak membaca boleh jugak tengok TV, semua channel ada. Kalau yang bawak anak tu, sure tak boring sebab ada ruang untuk anak-anak bermain. Prihatin juga owner service centre segambut ni dengan keselesaan customer dia. Sambil menunggu boleh juga tengok kereta kita yang tengah diservis dari tempat duduk yang dipisahkan dengan cermin besar. Percayalah, kalau dah cuba kat sini mesti tak akan pergi service centre lain. Sapa-sapa yang pakai kereta jenama Perodua, cuba lah kat sini, mesti best punya!


Counter untuk hand over kunci dan staff kat situ akan menerangkan satu persatu servis apa akan dibuat untuk hari tu dengan harga sekali. Kalau rasa budget tak cukup boleh bincang untuk tukar dan buat apa yang perlu aje.


Tak ingat la nama budak ni tapi dia la yang key-in apa yang nak diservis...


Ruang menunggu yang selesa...


Untuk customer yang bawak anak-anak, at least tak la dia orang boring...


Kalau dahaga boleh la buat air, coffee ada, tea pun ada...


Semua jenis magazine ada....


Kueh-mueh pun ada....


Channel astro pun ada...


Sudut aksesori...


Tempat servis yang sangat bersih...



Yang terakhir ni mesti la kaunter untuk membayar. Cash boleh, debit card boleh, credit card lagi la boleh, hutang je tak boleh! Thumbs up untuk Segambut Service Centre, dengar kata melayu punya....