Sunday, February 6, 2011

minat melukis...

Kalau Yin suka 'mereka' sesuatu benda, lain pulak dengan Nisa dan Imann. Dua-dua ni suka melukis. Tiap-tiap hari akan melukis. Asyik kena beli kertas ber rim-rim. Mana tumpah nya kuah kalau tak ke nasi... ye tak? Nisa memang pandai berimaginasi dengan lukisan dan setiap apa yang dia lukis memang sedap mata memandang. Imann pulak semenjak dia kenal dengan marker dan kertas, dia akan melukis tiap-tiap hari. Gambar yang dia lukis mesti ada orang yang pakai crown... ni mesti berangan dalam fantasi dunia princess. Tulisan imann akan menjadi lebih baik hari demi hari, mungkin sebab dia asyik menulis kot. Anyway, teruskan minat masing-masing, janji tidak melalaikan pelajaran. Sama juga macam Yin, semua hasil kerja Nisa dan Imann akan di masukkan ke dalam blog ni supaya bila dah besar nanti boleh la dia orang tengok balik apa dia orang buat masa kecik dulu.   Have fun drawing and colouring my angels!





3 yang atas ni latest drawing Nisa selepas dia keluar hospital...







Gambar besar tu ibu, yang kecik tu imann...

  

Saturday, February 5, 2011

project yin - kaften

As usual, dia tak akan duduk diam tanpa berbuat sesuatu. Hari ni habis la baju kaften ibu jadi mangsa. Actually baju tu dah koyak so bila nak buang dia terus mintak untuk simpan. Bila dia simpan tu, dah tahu mesti ada la project dia tu. Let the piccas do the talking....








Friday, February 4, 2011

Jalan-jalan @ Lake Garden

Since homework dah siap, everything is done at home... Nisa suggest pergi main roller blade kat Tasik Titiwangsa. Bila cerita kata nak pergi park, jiran sebelah pun interested nak join dan ajak Min sekali. Venue dah berubah ke Lake Garden. So hari ni adalah hari untuk keluarkan peluh....