Friday, January 28, 2011
Min's birthday...
25th January hari tu birthday Min yang ke 32. Ada 2 kali surprise birthday untuk Min dalam satu hari. Satu from her beloved husband and us, yang kedua from her beloved mum and us. Fuh! Mesti best ada dua celebration dalam satu hari kan? Anyway... Happy Birthday Min. Semuga dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik. Amin...
Sunday, January 23, 2011
MRSM....
Permohonan khairina a.k.a yin untuk kemasukan ke MRSM tak lulus. Pagi jumaat lepas check online selepas mak sedara dia call bertalu-talu menanyakan hal dapat ke tidak. Jawapannya memang 'tak lulus'. Pak dan mak sedara dia memang upset tapi Yin sendiri memang 'sangat' happy kerana dia memang berat meninggalkan rumah dan hidup berjauhan. Alasannya nanti tak dapat tidur dengan ibu... nampak sangat la dia ni manja! Mesti lepas solat dia selalu berdoa supaya tak dapat kata pak sedara dia. Dilema juga bila berhadapan dengan situasi macam ni tapi kalau dah tak nak paksa pun tak guna juga. Tak apa lah, biarlah dia buat keputusan sendiri, mungkin belum masanya dia nak meninggalkan dunia 'rumah' dia. Apa-apa pun yang penting belajar rajin-rajin walau dimana pun kita bersekolah... ibu tetap SAYANG walau apa pun keputusan Yin.
Saturday, January 22, 2011
Dinner @ Sabak
Malam tadi dinner di Restoran Sabak kat area Melati. Liza call dan ajak dinner kat sini. Sabak ni restaurant steamboat plus grill. Termasuk hari ni dah 3 kali datang sini. Tapi malam ni ada kelainan sikit sebab rasa macam seluruh badan berminyak-minyak. Yang grill tu pulak jangan ceritalah.... memang asyik terpercik je. Kesian Fadil... tak senang dia nak makan. Yang bestnya Umar pun pandai mengelak bila minyak-minyak tu terpercik. Lama tak jumpa Umar, memang miss dia sangat-sangat. Eheem... ehem... Nisa! Jangan makan udang tau, tapi doktor kata tak payah pantang.... makan je lah Nisa. Kalau sapa-sapa teringin pergi la makan kat tempat ni. Harga per person RM30... so make sure makan banyak-banyak tau, kalau tak nanti rugi bayar banyak itu.
Thursday, January 20, 2011
Amani...
Comelnya! Ini Amani adik kepada Arissa... latest edition dari Eca dan Wadi. Rambut perang, kulit putih melepak... cantik macam mak dia jugak. Semuga membesar menjadi anak yang solehah... amin.
Akhirnya... yin berjaya!
Agak-agaknya kenapa ada gambar kari ikan kat atas ni ya? Sebenarnya ini adalah hidangan hari ini yang mana khairina a.k.a yin terpaksa makan sebab mulai tahun 2011 dia mesti belajar makan PEDAS! Sebelum ni kalau paksa dia makan pedas mesti dia menangis, tapi sampai bila? Tak ada lagi nak masak kan makanan favourite dia je (yang tak pedas) so bila dia tak ada choice sebab yang terhidang cuma kari dan sayur dia pun terpaksa la makan! Rasanya itu saja cara untuk dia mula belajar makan pedas. Bravo yin! Hari ni dia berjaya melepasi round pertama. Menu untuk esok... SAMBAL AYAM... rasa-rasanya boleh tak dia makan? Tungguuuuuu...........
Tuesday, January 18, 2011
Aina's 4th birthday...
Aina ni kawan baik imann. Baru je celebrate birthday yang ke 4. Yang terlebih excited mesti lah kawan-kawan sekeliling dia, siapa lagi kalau bukan nisa, yin, imann, salina, fariq dan ijam. Kat bawah ni sekitar gambar-gambar masa birthday dia..... so enjoice!
Khairina @ KRK form 1
Tahun 2011 khairina melangkah ke sekolah menengah. Badan masih macam budak darjah 4 tapi dah pakai kain warna biru muda. Permohonan kemasukan ke Kelas Rancangan Khas lulus dan yang bestnya sama sekolah dengan nisa, senang la ibu.... tak la terkejar sana sini. Hari orientasi ibu bapa kena hadir sama, bila jenguk dalam kelas dia la yang paling 'kecik' kat dalam kelas tu. Dalam kelas ada la dalam 15 murid aje... bagus juga tu, boleh la cikgu concentrate kat semua student sebab tak ramai. Ok... yin, good luck untuk satu fasa baru. Study hard, work smart and be the best....
Nisa...
Dibawah ni gambar-gambar nisa masa di Ampang Puteri. Rasanya dalam blog ni ada 2 kali juga la dia warded. At least kat sini nanti boleh la dia tengok gambar-gambar kenangan dia bila dia dah besar nanti. Jangan la selalu masuk hospital ye nisa...
Kat emergency @ 9.30pm
Before masuk operation room..
Baru keluar dari OT room...
Dalam keadaan tak sedar...
Inilah rupanya selepas surgery, tak nampak pun sebab kan bandage....
Jiran-jiran datang melawat...
Aishah dan Aina datang melawat... kawan baik dia ni...
Pak long, mak long and kids...
Appointment with Dr Syed...
Thursday, January 13, 2011
Jari.... oh jari.......
Salam...
Inilah keadaan jari nisa sekarang. Mengikut kata doktor hari ni dah boleh dibuka bandage selepas seminggu. Sehingga hari ni jari nisa masih belum boleh diluruskan mungkin disebabkan tulang yang patah. Mungkin jugak ambil masa 2 hingga 3 bulan untuk tulang tu tumbuh semula? Doktor kata dia masih budak so tak perlu risau. Doakan ye semuga jari nisa sembuh macam sedia kala....
Wednesday, January 12, 2011
Salam 2011...
Salam,
Lama sungguh tak update blog ni, rasanya dekat setahun. Bukan malas, bukan tak ada idea, bukan tak ada gambar tapi 'TAK ADA CREDIT CARD'!. Mesti pelik kan, apa kena-mengena dengan credit card dengan blog ni??? Sebenarnya usage dah sampai 1G dah terlebih-lebih so lepas ni kena la bayar, malangnya credit card pulak tak ada.
Entah macam mana pengikut setia blog ni Zadina Zamari aka Kak Ngah menawar diri untuk menggunakan credit card dia. Ohhh.... THANK YOU SO MUCH KAK NGAH :)....
Bercakap tentang tahun baru 2011, banyak benda nak dicapai... kalau boleh menjadi insan lebih baik dari tahun yang lalu dan make sure anak-anak mendapat kasih sayang dan masa yg secukupnya bersama. Banyak lagi sebenarnya nak dilakukan tapi cukup lah sampai disini dulu.... till then!
Happy New Year 2011.....
Saturday, May 22, 2010
Salam. Dah lamanya tak update. Busy jugak la buat itu ini. Entry kali ni sports day imann yg di buat kat oakleaf club. Sebulan sebelum sports day, imann reluctant nak join sebab 'malu'. Entah apa yang nak dimalukan tak tahu lah. Tapi bila dah practice dan rasa syok baru lah confident. Bila dapat trophy, punya lah suka... kalau boleh nak share dengan semua orang. Anyway... enjoice the piccas!

Tuesday, May 11, 2010
Creamy garlic pasta with sausage....
Ingredients:
Chicken stock
Whipping cream
Garlic
Dried chilli flakes
Grated parmesan cheese
Butter
Sausage - fry untul crisp
Cooked pasta
Method:
Mix stock, cream, garlic and chilli flakes in saucepan. Bring mixture to boil, reduce heat and simmer. Remove from heat and stir cheese.
Melt butter over medium heat in different pan. Add sausage and saute until brown. Remove from heat.
Return sauce to heat, add sausage and pasta. Stir for 3 min and dish out..... serve hot!
Subscribe to:
Posts (Atom)
















