Salam. Sorry, ambil masa lama sungguh nak update. Hari ke 3 sewa kereta so at least boleh la jalan jauh sikit. Dapat je kereta terus pergi ke Karambunai, about half an hour dari Kota Kinabalu town. Tersesat jugak masa mencari sebab signboard tak cukup. Sampai je kat Nexus hotel... memang terpegun sebab beach nya yang cantik dan bersih. Hotelnya yang memang best sangat-sangat... patut la mahal harga untuk satu malam. Lepas ke karambunai, back to KK sebab dah lapar. Seterusnya we plan makan Fish & Co kat Warisan Square dan nak cari souvenir untuk bawak balik.
Thursday, October 15, 2009
Friday, October 2, 2009
2nd day... trip to manukan island
Agenda hari kedua pergi ke pulau manukan. Naik teksi dari hotel ke Jesselton Point dan terus beli tiket untuk naik bot. Bot bertolak dalam pukul 9.30am so breakfast dulu kat JP. Boat trip dari JP ke pulau manukan ambil masa about 20 min. Cuaca ok and we were there sampai pukul 3 ptg. Anoy, nisa and yin pergi snokle, imann kat tepi-tepi aje. Kulit masing-masing memang gelap kena sun-tan. Tapi kalau tak gelap bukan la pergi pulau namanya.
Thursday, October 1, 2009
Holiday to Sabah
Sungguh excited nisa, yin dan imann bila dapat pergi holiday. Raya ke 4, all of us pergi holiday ke sabah. Sepatutnya siti pergi sama tapi keadaan tak mengizinkan so yang ikut cuma anoy. Flight pukul 12 tgh dari KLIA dan sampai KKIA lebih kurang pukul 3.30 ptg. Sampai sana check in kat tune hotel which satu building dengan 1Borneo which lebih kurang macam KLCC. Gembira tak terkata the kids sebab semua ada kat situ. Petang tu just berlegar-legar kat 1Borneo, lepas tu baru naik teksi ke town kota kinabalu nak cari seafood. Malam pulak booking kat GSC nak tengok Jin Notti. Teksi memang mahal gila kat sini... seafood pulak tak menepati apa yang we all nak. Tak sure samada halal ke tak. Last-last makan kat Anjung... and nasib baik food sedap! Lepas dinner terus balik Ke 1Borneo untuk tengok show pukul 9.35pm. Cerita jin notti ni ok la... so so la. Balik bilik terus tidur sebab esok nak pergi island trip. Good nite!
still cerita 2nd raya...
Hari ni last beraya kat perak sebab esok dah nak balik KL lepas tu nak pergi trip ke Sabah. Seronok sangat-sangat beraya kat sini dan hopefully tahun depan boleh lagi beraya dengan dia orang. SEMUGA BERJUMPA LAGI.
raya ke 2...
Raya ke dua all of us pergi ipoh rumah pak tua, uncle yang paling eldest. Umur dia dah 92 tapi still steady.
sambung lagi cerita serbu...
Gambar kat bawah ni masa kat rumah ayah lang. Dia orang ni tak pernah jumpa ampaian kain kot kat KL pasal tu macam jakun sikit... he.. he...
Seterusnya serbu rumah amir pulak. Makan laksa special yang tak akan dapat punya kat KL.
serbu...
Sambung lagi...
Memang satu kemestian di pagi raya iaitu sesi ambil gambar. Macam-macam gaya ada. Yang malu-malu, yang tak kisah dan yang terlebih-lebih muka kelakar. Tapi tu la yang akan jadi kenangan kita nanti.
Raya yang sungguh bermakna.....
Salam, belum terlambat rasanya nak ucap SELAMAT HARI RAYA dan MAAF ZAHIR BATIN kepada semua yang mengenali kami sekeluarga. Maaf atas semua kesilapan, semuga tak simpan dalam hati. Tahun ni ada kelainan sikit sebab kami sekeluarga beraya di Bidor rumah kak eda... memang seronok dan happening. Family kak esah pun ada sekali so memang riuh rendah dibuatnya. Bertolak dari KL sabtu tengahari... jamm teruk jugak so sampai bidor lebih kurang pukul 2.30 pm. Sampai je tengok semua orang tengah siap-siap nak masak untuk berbuka... maklumlah ramai so kena la masak banyak. Lepas berbuka kak esah dan kak eda dah mula masak untuk raya esok. So.... bermula lah episod raya untuk tahun ni.... SERONOK SANGAT-SANGAT! Kepada tuan rumah... abg zul, kak eda dan anak-anak... TERIMA KASIH tak terhingga sebab menerima kami sekeluarga beraya kat sana. Tak terbalas rasanya dengan layanan yang first class!
Subscribe to:
Posts (Atom)