Thursday, October 1, 2009

raya ke 2...

Raya ke dua all of us pergi ipoh rumah pak tua, uncle yang paling eldest. Umur dia dah 92 tapi still steady.

Lepas rumah pak tua, terus ke rumah kak eda kat tambun. Kak eda ni memang orang nya yang lemah lembut dan seronok kalau berborak dengan dia. Kak eda hidang laksa, ketupat palas dan rendang. Pandai masak jugak kak eda ni... memang sedap.


Lepas rumah kak eda, kami terus ke rumah azman di batu gajah. Tengok la gambar kat bawah ni... meriah habis.

Dari rumah azman terus ke tanjung tualang rumah kak wok. Kak bawah ni family tuan rumah.

Bayangkan betapa ramai berkumpul kat sini. Tiba-tiba semua datang pada masa yang sama termasuk abang nan and family,


sambung lagi cerita serbu...

Gambar kat bawah ni masa kat rumah ayah lang. Dia orang ni tak pernah jumpa ampaian kain kot kat KL pasal tu macam jakun sikit... he.. he...

Seterusnya serbu rumah amir pulak. Makan laksa special yang tak akan dapat punya kat KL.

Masa kat bidor dengar cerita yang pak lang isai masuk hospital tapah so all of us pergi visit dia. Malangnya dalam hospital tak boleh ambik gambar so tak de la gambar dia. Balik dari hospital terus pergi rumah pak lang isai... memang nostalgia bila sampai kat rumah dia ni. Tengok la gambar liza dengan umar ni... memang unik rumah lama macam ni.
Seronok tak terhingga dapat ambik gambar kat bawah ni... memang nostalgia. Walaupun muka masing-masing memang nampak letih tapi tetap setia bergambar.

serbu...

Lepas bersalam bermaafan... agenda pertama mesti lah beraya ke rumah saudara mara. Rumah pertama yang kena serbu ialah rumah laili.


Yang ni rumah kedua iaitu rumah arwah ayah chik dan mak cik.

Yang ini family arwah ayah chik dan mak cik. Wah berseri-seri raya ni bila ada sofa baru. Selamat berangkat santi ke Ireland... semuga kita berjumpa lagi.

Rumah ketiga ialah rumah ayah lang dan mak lang.

Tengok lah betapa ramainya kaum kerabat.

Sambung lagi...

Memang satu kemestian di pagi raya iaitu sesi ambil gambar. Macam-macam gaya ada. Yang malu-malu, yang tak kisah dan yang terlebih-lebih muka kelakar. Tapi tu la yang akan jadi kenangan kita nanti.
This year theme colour purple... nasib la bila kena pakai kain satu papan

Sepupu sepapat

Abang, boboy, yan dan angah... sapa-sapa nak berkenalan dengan mat-mat hensem ni
cepat-cepat la email.

Ni generasi mak-mak dan ayah.

Anak dara dan teruna kak esah. Memang fun dengan dia orang ni.

Raya yang sungguh bermakna.....

Salam, belum terlambat rasanya nak ucap SELAMAT HARI RAYA dan MAAF ZAHIR BATIN kepada semua yang mengenali kami sekeluarga. Maaf atas semua kesilapan, semuga tak simpan dalam hati. Tahun ni ada kelainan sikit sebab kami sekeluarga beraya di Bidor rumah kak eda... memang seronok dan happening. Family kak esah pun ada sekali so memang riuh rendah dibuatnya. Bertolak dari KL sabtu tengahari... jamm teruk jugak so sampai bidor lebih kurang pukul 2.30 pm. Sampai je tengok semua orang tengah siap-siap nak masak untuk berbuka... maklumlah ramai so kena la masak banyak. Lepas berbuka kak esah dan kak eda dah mula masak untuk raya esok. So.... bermula lah episod raya untuk tahun ni.... SERONOK SANGAT-SANGAT! Kepada tuan rumah... abg zul, kak eda dan anak-anak... TERIMA KASIH tak terhingga sebab menerima kami sekeluarga beraya kat sana. Tak terbalas rasanya dengan layanan yang first class!
Banyak betul kueh yang kak eda buat..

Ha... bayangkan betapa ramai nya kami beraya bersama.... seronok tak terkata.

Family kak eda

Family kak esah

Family azmi

Tuesday, September 8, 2009

Present... present.... present

Kak Nisa nak ucap terima kasih pada semua yang bagi hadiah. Semuga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
Hadiah dari kak Yin

Dari achik

Dari ayah

Dari ibu

Dari papa

Dari pak long, mak long dan afrinaz

Dari aunty siti, uncle ky dan kak anoy

Dari amira

Dari imann

Dari zura

Dari aishah

Dari acu mie, acu ina, babang dan shania

Jenga...

Sebelum buka hadiah, achik suruh main game nama 'Jenga'. So semua kena participate. First game uncle fadil, kak yin, kak nisa, acu mie dan ibu. Orang yang pertama sekali kalah ialah uncle fadil... ha! ha! Bila kak nisa dan kawan-kawan dia main game ni... yang kalah kena denda. Kalau tak silap dendanya jalan macam itik, kena nyanyi lagu superman versi indonesia, ketuk ketampi dan cakap i love you pada kipas. Kesian kawan kak nisa menjadi mangsa....




Sambung lagi....

Siti Zaleha bersama anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu.

Kak Nisa dan kawan-kawan - aishah, ashikin, amira, aina dan zura.

Pak Long, mak long dan afrinaz.

Achik, uncle fadil dan umar.

Acu mie, acu ina, babang dan shania.

Berbuka and birthday nisa...

Salam, last sunday ibu buat berbuka dan birthday kak nisa. Oleh kerana birthday kak nisa dan acu mie dekat-dekat so celebrate la sama-sama. Achik sponsor cupcakes, yang cindarella tu untuk kak nisa, yang MU tu untuk acu mie. Thank you achik.




Cake 3D

Salam. Edisi terbaru dari secret recipe cake 3D. Memang nampak cantik... imann pun asyik suruh beli untuk dia. Sorry imann... birthday imann dah lepas. Range harga dari RM98 - RM208. Enjoice!

Wednesday, September 2, 2009

Happy 14th Birthday Kak Nisa

Salam... esok 3 September birthday kak nisa yang ke 14. Selamat hari jadi kak nisa! Ibu, kak yin dan imann sayang sangat kak nisa. Ibu kata kak nisa ni masa kecik-kecik suka senyum, ketawa dan suka posing. Tapi bila dah besar kak nisa agak pendiam. Ibu selalu suruh kak nisa senyum sebab bila kak nisa senyum nampak comel. Insyaallah ibu kata hari ahad ni kita semua berbuka sama-sama dan celebrate birthday kak nisa.
Theme colour will be white and denim.

Note dari ibu : Ibu sentiasa berharap nisa akan menjadi anak yang soleh dan mendengar kata. Nisa study rajin-rajin ok sebab tahun depan nisa nak menghadapi PMR. Harta ibu di dunia ini cuma nisa, yin dan imann. Ibu sentiasa berdoa untuk kesejahteraan anak-anak ibu dan ibu yakin setiap kesusahan dan dugaan yang kita hadapi akan menjadikan kita orang yang lebih baik, lebih menghargai dan lebih bersyukur. Happy Birthday sayang...