Sunday, August 16, 2009

Birthday party imann

Salam. Imann seronok sangat sebab hari ni birthday party imann. Walaupun party kecik-kecik tapi imann happy sangat. Terima kasih pada semua yang datang dan bagi hadiah kat imann. Thank you jugak pada kak nisa dan kak yin kerana buat macam-macam dan menjayakan party imann. I love you ALL!
Semua ni kak yin dan kak nisa buat sendiri. Thank you sangat-sangat.

Imann, kak yin dan aina tengah seronok main belon.

Siang tu sebelum party imann, aina datang so kita orang pun posing la.

Cermin mata tu kak yin dan kak nisa buat sendiri tau, bukannya beli. Ibu cakap lepas ni kalau sesapa punya birthday tak payah la beli, buat je sendiri.

Imann nampak menu yang ibu masak semestinya lamb.
Tahun ni ibu tak order birthday cake untuk imann tapi 'CUPCAKES'. Semua nama yang ada tu nama yang imann invite datang birthday imann. Yang tak dapat datang cuma ibu eca, papa wadi dan arissa sebab dia orang pergi kedah. Imann ada simpankan cupcakes yang ada nama tu untuk ibu eca... nanti datang ambik tau. Yang kat tepi-tepi tu hadiah dari achik.
Thank you achik.

Imann kena duduk kat kerusi ni sebab achik dah suruh kak yin decorate kerusi ni untuk imann.

Sebelah tu Aina, dia jiran imann.

Gambar ni bukan terbalik tau. Ibu yang suruh imann buat macam ni. Cute tak imann.

Kat sini ada imann, kak nisa, kak yin, babang, shania, shafiqah dan yaya. Shafiqah dan yaya tu kawan lama imann. Thank you sebab datang birthday imann.

Ha.. ni la tetamu imann. Semua orang-orang yang imann sayang. Ibu je tak ada sebab ibu tengah ambil gambar.

Suka nya imann bila dapat banyak hadiah... macam nak suruh ibu buat birthday imann tiap-tiap bulan... he..he.. jangan marah tau.
Ni semua cucu nenek, afrinaz je tak ada sebab dia tidur. Nampak tak kak yin jadi clown.

Afrinaz bangun bila semua orang dah balik dan birthday imann pun dah habis, tapi tak apa janji dia ada.

Wednesday, August 12, 2009

Kak nisa demam panas

Salam semua. Kesian kak nisa, dah 3 hari dia demam panas. Ibu dah bawak dia pergi klinik dan dah dapat semua ubat termasuk antibiotic tapi temperature dia tetap 39.5c to 40c. Hari ni ibu bawak dia sekali lagi tapi ke hospital ampang. Kak nisa kena daftar kat emergency ward. Ibu kata tersangat lah ramainya orang kat situ sebab ibu kena tunggu sampai 5 jam baru dapat jumpa doktor. Doktor bagi ubat dan kak nisa kena rest kat rumah... doktor nasihat kak nisa kena duduk bilik asing, sentiasa jaga kebersihan tangan dan kalau boleh jangan la ada tetamu. Jangan takut tau... nisa bukan kena H1N1 tapi doktor mengambil langkah berjaga-jaga sebab temperature kak nisa tinggi, batuk, selsema sampai keluar darah dari hidung dan pening kepala. Semuga kak nisa cepat sembuh ok... nanti boleh main dengan imann. Kat sini juga imann nak buat pengumuman yang kalau kak nisa tak sihat lagi, ibu terpaksa membatalkan 'BIRTHDAY PARTY' imann demi kesihatan semua orang. Imann harap kak nisa cepat baik... doakan ya!

Monday, August 10, 2009

Happy 4th birthday Imann!

Happy birthday Imann. Semuga membesar menjadi anak yang soleh. Imann ni orang nya penyayang, kadang-kadang nakal, rajin menolong tapi kalau mood tak baik tak nak tolong lansung, suka kepada benda yang cantik, suka nak melawa (part ni tak tahu dia ikut sapa), intelligent, ada fikiran tersendiri dan daya ingatan yang kuat. Semuga dia menggunakan segala yang terbaik untuk kebaikan diri dia kelak. Ibu sentiasa mendoakan imann sihat sejahtera, apabila dewasa punya budi pekerti yang baik dan sentiasa berada dilandasan yang betul.... Aminnn! Ibu, kak nisa and kak yin loved imann so much!

Jaja and Nor's Wedding

8hb Ogos wedding Jaja and Nor. They are anak sedara kepada Siti. Theme colour lilac, memang nampak cantik sangat. Selamat pengantin baru to both... semuga kekal hingga ke anak cucu.

To mis... cantik la cake yang you buat.


Anoy and the girls.

Thursday, August 6, 2009

An invitation!


Salam semua. Birthday imann dah nak sampai so imann dah suruh ibu beli hadiah. Kalau beli hadiah maknanya kena la buat party. Ibu kata ok boleh buat tapi kecik-kecik aje dan majlis 'tertutup' hanya untuk family terdekat, wartawan dan suratkhabar tak dibenarkan datang. Ceewah... lebih-lebih pulak imann ni. So kat sini imann nak jemput

Papa imann.

Uncle fadil, achik dan umar.

Pak long, mak long dan afrinaz.

Acu mie, acu ina, babang dan shania.

Papa wadi, ibu eca dan arissa

Kalau datang semua dimestikan pakai baju pink untuk girls sahaja dan white untuk boys sahaja... kalau tak ikut theme colour imann tak nak la bagi orang tu join party imann. Jangan la marah... imann bukannya cruel tapi tak best la kalau pakai colour lain. Ok... itu saje... jangan lupa tau

Venue

Rumah ibu

Date

15 Aug 2009

Time

8.45pm

Theme colour

Pink and white

Tentang hadiah tu imann tak kisah nak bagi apa pun janji semua orang datang imann dah bersyukur. Tapi kalau nak bagi tu iman terima aje... anything 'PINK' imann ok aje. Ok... tata titi tutu. See you next week!

Kak Toni warded.

Sehari sebelum kenduri dapat sms mengatakan kak toni warded di Universiti Hospital. So the next day all of us pergi visit dia. Kesian bila dengar cerita dia yang doktor sahkan dia mengidap leukemia. Tapi pelik jugak bila dia pernah masuk hospital di alor setar and doktor kata dia mengidap anemia. Hopefully kak toni akan tabah menghadapi dugaan ini dan semuga kita semua akan mendoakan dia sejahtera.
Never know nama penuh dia hasnah. All this while dari kecik sampai besar semua orang panggil kak toni.

Dia nampak sugul dan risau.

Afrinaz pun nak melawat nenek toni tapi sorry tak boleh masuk.

Sabar menunggu sebab kena ikut turn.

Kenduri - part 2

Mak eda tengah masak wajik durian.

Alang and arissa

Staff jalan pahang yang datang after kedai tutup.
Staff melati tak sempat sebab tutup pukul 12 malam.

Uncle bob, abah and mama umar.

Nanti kalau umar dah besar biar dia tengok perangai mama dia...

Monday, August 3, 2009

Kenduri menyambut puasa dan aqeqah Umar dan Afrinaz

1 hb Ogos dah sepakat nak buat kenduri menyambut puasa dan aqeqah umar dan afrinaz. Tak jemput ramai cuma saudara mara, ahli masjid dan jiran-jiran. Menu untuk malam tu kari kambing, kurma kambing, ayam berempah, sayur campur, ulam-ulaman dan sambal belacan, rendang dan pulut kuning (ayu sponsor), ikan goreng cili (amir sponsor), buah-buahan, sirap dan teh tarik dan tak ketinggalan carrot slice. Syukur alhamdullillah semuanya berjalan lancar... rasanya lain kali boleh buat kenduri lagi.


Umar and Nisa


Anak-anak dan cucu Ramli Md Said dan Siti Zaleha Mohd Yunus


Tunggu nak mintak sikit ni....

Kat daput jugak dia orang ni kumpul ramai-ramai.

Dia orang ni cuba nak sabotaj kek tu....

Mama busy so papa wadi tolong jagakan....

Kak esah dan kak eda tengah sibuk menyiang ikan 80 ekor dari tapah. Thank you abg amir.

Wednesday, July 29, 2009

First time umar masuk swimming pool. Attire tak beli lagi tapi dah bagi sneak preview macam mana rasa air swimming pool.

Ha.. ha.. bila bukak baju dia terus menjerit... kelakar la umar ni. Mama... apa lagi cepat-cepat la beli attire umar.... dah tak sabar ni.


Ha... imann ni hari-hari nak pergi swimming... asyik call ibu suruh balik cepat sebab nak swim. Nasib baik la nanti umar pun dah nak start swim boleh la achik teman kan imann dengan yin.

Rani Mukerji dan Shah Rukh Khan


Ada one lady by the name Pn Rani order cake untuk birthday anak-anaknya. Dia nak 4 recipe dan shape macam buku. Bila dapat CD terkejut tengok gambar sebab macam pelakon bollywood. Masa hantar cake ni untuk function anak-anaknya... terkejut juga sekali lagi sebab macam pergi function wedding tapi sebenarnya cuma birthday je. Lupa nak bagi tau... harga cake ni RM420. Kalau sapa-sapa nak order... email je.

Pecan Butterscotch


Secret recipe ada cake baru... pecan butterscotch. Tak nak komen kat sini macam mana rasa nya... apa kata kalau sesapa rasa teringin pergi la secret recipe taman melati atau jalan pahang ye..

Transformer 2

Atas permintaan nisa, yin dan imann... saturday yang lepas pergi lah tengok transformer 2. Tak sangka cerita nya memang best. Tapi kalau tak tengok yang pertama kurang faham sikit lah opening cerita tu. Imann lah orang paling beria-ia nak tengok T-Form2 tapi dia lah orang pertama yang masuk panggung terus tidur. Apa la imann......

Wednesday, July 22, 2009

Umar semakin membesar...

Semakin hari umar semakin banyak perubahan. Sekarang dia dah pandai senyum dan ketawa bila diagah.


Yey... yey... umar dapat toy baru mama beli. Dia memang teruja tengok toy tu.

Sambil-sambil tu...





Sambil-sambil menunggu yin, nisa dan imann pun buat lah apa yang patut. Ibu jugak yang tak ada benda nak buat. Achik pulak pergi bershopping dengan umar.

Fatin's birthday




Last sunday yin pergi birthday fatin kat A&W AU2. All of us terpaksa lah melepak somewhere kat situ jugak sementara tunggu birthday habis. Normal lah bila buat birthday kat A&W mesti ada big bear jadi mascot. Imann ni sebenarnya nampak aje berani tapi sebenarnya memang cukup takut dengan clown... apalagi... menjerit la dia hari tu. Anyway... happy 11th birthday fatin.