Monday, July 20, 2009

Ikea..




Imann memang suka pergi ikea dan hari-hari nak pergi ikea. Entah apa yang menarik hati dia tak tahu lah dan tak sah kalau tak makan chicken wing kalau pergi ikea. Belinya sikit je tapi boleh ambil masa dari pagi sampai ke petang kat sini.

Akhirnya....


Akhirnya sampai juga kak ngah ke secret recipe taman melati. Rasanya dah setahun berjanji tapi selalu tak jadi. Liza pun rasanya dah tak jumpa kak ngah since 1985. Terkejut tengok Zira sebab last jumpa dia kecik lagi masa tu. Bila cerita masa kecik-kecik dulu memang la kelakar tapi sure kak ngah tak boleh lupa bila dia selalu berborak celah tingkap dengan dot dot tu.. he.. he.. jangan marah kak ngah....

Penang mari....




Last weekend eca, wadi, arissa, hayat dan ajim datang. Hayat datang by bus dari penang... tengah malam jugak la dia sampai. Ajim pulak rupanya dah belajar kat KL. Agenda weekend ni pergi alamanda makan steam boat... ingatkan lepas tu nak pergi tempat lain tapi arissa dah start demam so... agenda seterusnya balik rumah la nampaknya. Next day before dia orang balik pergi nasi lemak antarabangsa kat taman melati. Ada rahsia terbongkar minggu ni... boleh tahan jugak hayat ni... banyak peminat rupanya. Dapat juga tengok gambar 'mata air' dia... tak lama lagi makan nasi minyak le kita.

20 days to go...

20 hari lagi birthday imann yang ke 4. Masa berjalan memang cepat... rasanya sekejap je dia dah besar. Sekarang ni tengah plan apa nak bagi masa birthday dia nanti. Imann ni tak susah janji apa-apa yang berwarna pink. So... nisa, yin, nenek, achik... fikir-fikir la ye apa nak bagi... sure dia tanya nanti.

Saturday, July 18, 2009

Bowling tournament antara outlet

Outlet jln pahang

Outlet melati



Aktiviti untuk akhir bulan june ialah bowling antara outlet melati dan outlet jln pahang. Kali ni outlet melati menjadi JUARA. Pemain terbaik lelaki ialah firdaus dan untuk perempuan ialah nik. Tahniah... outlet melati.

Kesian Imann...


Sampai je ke rumah dari perak, imann jatuh dalam kereta alphard. Kepala berdarah.... kesian imann. Nasib baik ada minyak gamat kalau tak sure kena pergi klinik dan kena jahit.

cameron highland - part 2




Agenda kat cameron ni semestinya makan... makan... dan makan. So happen ada pasar tani dan macam-macam boleh jumpa kat sini. Ada jual fresh honey, strawberry jem, jambu jeruk dan macam-macam lagi. Dari bkt raja terus ke brinchang dan nak turun ke tanah rata terpaksa patah balik sebab umar muntah. Kesian dia... tak biasa dengan jalan pusing-pusing kot. Bukan dia je yang tak biasa... ati pun sama pening tapi tak lah sampai muntah. By 5pm turun dari cameron, terus balik ke bidor dan 9pm bertolak balik ke KL. Lain kali boleh datang lagi ke sini dan at least dapat bermalam satu dua hari baru best.

Cameron Highland - part 1




Plan yang sebenarnya nak pergi johor dan singapore sebab ada wedding tapi terpaksa cancel sebab nisa dan yin sekolah so ubah haluan ke arah perak which amir ada buat kenduri tahlil. Lepas tahlil terus balik rumah kak eda kat bidor. Malam tu buat plan the next day nak pergi cameron highland. About 7.30 bertolak ke cameron, bawak sekali kak eda, alang, ati dan yan. Dah 10 tahun tak jejak kaki kat cameron so memang nampak banyak perubahan.

Wednesday, July 15, 2009

Official opening!




15 June officially outlet jalan pahang dibuka. Waktu perniagaan 10am-10pm. Jutaan terima kasih pada Wani, Naim, Ashraf, Nas, Zarul, Azhar, Lad, Aliff dan Ya yang banyak menolong dari awal hingga kedai dibuka especially Wani yang tahu apa nak buat tanpa perlu disuruh dan tak lupa juga Christine dan Irene dari Secret Recipe. Thank you guys and gals! Alhamdulillah....

Doa selamat@jln pahang outlet

Sehari sebelum opening ada doa selamat sikit. Tak jemput ramai orang pun cuma orang masjid dan family. Semuga semuanya akan berjalan lancar dan diberkati.... Amin...

Cleaning before opening



15 june opening untuk outlet jalan pahang. Dua hari sebelum buka staff bertungkus lumus mencuci seluruh kedai. Esoknya lagi banyak kerja bila semua equipment akan masuk. Rasa macam tak cukup masa bila banyak benda nak buat. Walaupun ni outlet kedua tapi stressnya macam nak buka outlet pertama. Outlet pertama regional manager secret recipe banyak tolong tapi bila dah yang ke dua ni kena la pandai-pandai buat sendiri.



Birthday gathering




Happy belated birthday to Syazrin and Nik, Happy advance birthday to Pn Farah. Staff decided nak celebrate semua birthday yang jatuh pada may dan june sekali. Tau-tau dia orang dah plan buat BBQ dan surprise birthday cake. Tukang bakar BBQ tak de experience... ayam dan sausage dah naik rentung... sabar je lah... Anyway... thanks a lot... ramainya staff kat gambar atas ni bila dah ada 2 outlet. Staff baru yang masih under training tu masih malu-malu dan belum tunjuk belang lagi.

Tuesday, July 14, 2009

Trip sekolah imann





Imann ada trip pergi ke Chocolate factory dan Bomba. Imann memang teruja sangat-sangat. Pagi-pagi dah bangun terus pergi sekolah. Bas ready pukul 8.30am. By 9am bas bertolak ke Bomba cheras. After bomba dia pergi chocolate factory dan lunch kat mcdonald setiawangsa. Bila balik dengar dia celoteh pasal trip dia... memang dia enjoy sangat...

Imann demam panas....



Imann demam panas yang boleh dikatakan terlalu panas. Jumpa doktor dah 3 kali dan 2 kali check darah.... everything ok... perfect tapi demam masih tak 'kebah' sampai dekat 2 minggu. Yang menakutkan bila panas, mata sampai naik bengkak. Akhirnya Siti suggest bawak jumpa Wan. Wan ni nenek sedara dia yang pandai dalam hal-hal benda yang kita tak nampak. Frankly i'm not the person yang percaya semua ni tapi kerana Imann pergi jugak lah. Rumah dia kat puchong dan bila pergi time jamm memang terasa jauh sangat. Before sampai dia dah tahu apa terjadi pada imann dan katanya imann kena 'tegur' waktu malam dan sememangnya sehari sebelum dia demam dia ada datang ke secret recipe melati which masa tu staff ada buat BBQ. Wan bagi air sireh untuk mandi dan sapu kepala. Malam tu dia masih demam dan hati mula berkata-kata... eh betul ke wan ni. Tapi bila imann dah dimandikan kali ketiga terus dia sihat walafiat... syukur alhamdulillah... dengan izin allah.

Happy Birthday To Me.... yang ke 41

Memang kena sangat-sangat bila dapat hadiah macam ni.... lain dari yang lain.

Hadiah dari fadil, liza dan umar firdaus


5 june yang lepas birthday ibu. Pukul 12 malam liza, mama, nisa, yin dan imann nyanyikan happy birthday and on top of that ada satu longgok hadiah kat depan mata. Anyway thank you everybody for the cards and present. Yang bestnya dapat kerusi idaman dan drawing dari Ikea from fadil and liza. To nisa, yin and imann.... thank you darling....

Pindah rumah baru...



1st June hari yang busy sebab pindah rumah baru tak jauh dari rumah lama. Teruja sebab besar dari rumah lama dan fully renovated. Barang rumah masih yang sama dan memang tak banyak pun, yang ada cuma basic item. View dari balcony memang fantastic macam gambar yang nisa capture kat atas ni. Syukur alhamdulillah dengan nikmat Allah ini...

Renovation - jln pahang outlet



Salam untuk semua yang visit blog ni. Sorry sebab lama sangat dah tak update. Jun memang bulan yang paling busy sebab bukak 2nd outlet. Renovation, order barang-barang dan macam-macam lagi. Tapi syukur alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar cuma semasa renovation ada la orang 'DBKL' yang datang buat kacau mintak duit 'kopi' sebanyak RM800 untuk 8 orang. Memang tak logik tapi itu lah realiti hidup untuk orang yang nak duit dengan senang tanpa keluar peluh. Anyway... sampai ke sudah memang dia orang ni tak dapat duit walaupun berkali-kali datang.