Tuesday, July 12, 2011

kesian imann...

kesian imann....
lain kali berhati-hati ye sayang....

hi-tea @ nikko

Tak lama lagi dah nak masuk bulan ramadhan. Kita pun plan together-geder dengan jiran-jiran pergi hi-tea dan berborak-borak dari pukul 12 sampai pukul 4pm kat Nikko hotel. Memandangkan zul (jiran sebelah) kerja kat nikko hotel so dapat la discount yang teramat la bagus dan teramat murah. Untung jadi jiran zul, nanti bulan puasa punya buffet boleh ke dapat discount lagi?
Orang yang paling seronok dapat makan macam-macam ni mesti la Nisa. Yin pun apa kurangnya.... sushi ada, chocolate fondue ada. Imann pulak tak boleh nak makan sangat sebab bibir still bengkak. Yang lain-lain memang LAYAN......





Sunday, July 3, 2011

Smart Reader Sports Day 2011

Hari ni imann ada sports day di sekolah kebangsaan taman melati. Dah berhari-hari dia practice dan excited sangat-sangat. Lebih excited sebab kawan baik dia, aina pun masuk sama. Keadaan padang tak panas, memang relax sangat cuma ada 5 minit hujan turun so terpaksa la berhenti sekejap. Bila hujan dah stop sambung balik seperti biasa. Everything goes well kecuali sound system ada problem sikit... overall... thumbs up untuk principle, teachers and students.
















Wednesday, June 22, 2011

Sesawang yang dah agak bersawang...

Salam.
Agak lama jugak dah bersawang sesawang ni. Almaklumlah... BUSY + LAPTOP ROSAK + SELEBIHNYA MALAS DAH MELANDA! Insyaallah lepas ni dah tak malas kot....

Thursday, May 12, 2011

What's for dinner?

Hari-hari makan nasi pun bosan jugak. Apa kata malam ni kita makan baked salmon? Ni memang favourite anak-anak. Kalau masak ni memang dia orang berselera. Ok.... dinner time!

baked salmon, potato, carrot, capsicum, baby corn, salad and tak lupa.... cheese!

dessert pulak, banana, watermelon and dragon fruit... yummy, alhamdulillah kenyang.

Paint it yourself - PIY

Baru-baru ni masa pergi World Kids Exhibition kat PWTC, nisa ada beli painting. Painting ni special sikit sebab ada numbers dan colour yang dia bagi pun ada numbers so follow je numbers tu, insyaallah mesti jadi cantik punya. Tapi kena ingat jugak, kalau tangan tak ada seni takut tak menjadi sebab kena betul-betul sabar nak menghabiskan satu drawing yang besar tu. Painting ni originated dari Japan dan banyak pilihan gambar yang ada. Sebenarnya yang beli nisa dan sekarang ni yang me'ngaler' ialah ibu.... macam mana tu? Kalau dah siap nanti kita tengok sama-sama ok... 

baru nak dkeluar dari plastic

ni la setnya...

padan kan number kat sini dan atas drawing

baru siap yang belah atas


just imagine numbers yang sangat-sangat halus

kena banyak bersabar buat benda ni...

iPod touch

Recently yin balik dengan muka berseri-seri. Rupa-rupanya dapat hadiah iPod dari ayah sempena dapat 5A last year. Wah, best nya! Tapi lagi best kalau dapat iPad 2... hehehe. Anyway, harap yin guna dengan sebaiknya, jangan pulak tersimpan je dalam laci ye. Dulu-dulu kalau dapat best result tak de pun dapat benda-benda macam ni. Anak-anak sekarang beruntung.... MACAM-MACAM ADA sekarang ni, serba canggih.


Happy 2nd birthday Umar...

Pejam celik, pejam celik umar dah 2 tahun. Masih ingat masa dia baru lahir dulu. Tiap-tiap pagi mandikan dia sebelum pergi kerja. Dia memang baby yang baik dan tak banyak ragam. Tapi sekarang, dia tersangat lah aktifnya, tapi tak apa itu tandanya dia sihat dan seorang budak yang pandai sebab kadang-kadang apa yang dia fikirkan dan buat, kita tak kan terfikir budak 2 tahun boleh buat. Sekarang ni dia dah pergi sekolah smart reader, rasanya by the time umur dia 4 tahun dia dah boleh masuk darjah 1. Anyway, Happy Birthday Umar! Ibu, kak nisa, kak yin and kak imann luv you so much! To mama and abah umar, thank you belanja we all semua makan...














Wednesday, April 27, 2011

Bus Station Tasik Selatan...

Kalau dulu bus station kat puduraya memang la sesak dan sangat 'hodoh' (oops sorry!) tapi sekarang semenjak station yang dibahagi kepada 2 which orang yang nak ke selatan boleh naik kat Tasik Selatan dan orang yang nak ke utara boleh naik kat puduraya, perubahan yang sangat ketara... dah macam airport la pulak, SANGAT CANTIK DAN CANGGIH! Kalau tak percaya pergi lah tengok sendiri, memang cantik.

Ruang legar

dibawah pulak ruang untuk bas menunggu penumpang

Putu mayam....

Pernah tak tengok macam mana orang buat putu mayam? Mesti semua orang tak tahu. Hari tu selepas balik dari rumah pengantin, singgah sekejap kat pasar malam sebelah pasar Temoh. Sambil jalan-jalan tu ternampak something yang jarang kita dapat tengok, rupa-rupanya buat putu mayam. Katanya inilah cara orang india buat putu mayam dan dia belajar pun dari orang india. Sangat senang cuma bancuhan nya kurang arif sikit la.

masuk bancuhan dalam acuan

tekan atas kain yang diletak atas raga

 
sedia untuk dikukus